Penjelasan Sebenar Kes Pelakon Intan Najuwa Dikehendaki Polis

Salah seorang pelakon utama drama bersiri Kekasih Paksa Rela iaitu Intan Najuwa menjadi tumpuan setelah dicari pihak polis. Dikataakn polis sedang mecnari Intan Najuwa untuk menajdi saksi penting untuk kes bahan terlarang.

Ternyata pelakon ini tampil memberi penjelasan dan mengatakan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis selepas namanya tersenarai sebagai saksi dikehendaki bagi prosiding berkaitan kes dadah.

Intan najuwa memang terkejut apabila dimaklumkan namanya tersenarai sebagai orang dikehendaki polis kerana katanya dia sudah pun menerima notis untuk hadir ke mahkamah di Shah Alam.

Ini penjelsan dari Intan Najuwa:

“Saya sudah menerima notis untuk hadir ke mahkamah dan saya akan beri kerjasama sepenuhnya seperti diminta,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Kata Intan, kes itu sebenarnya sudah lama berlaku iaitu kira-kira tiga tahun lalu namun perbicaraan masih lagi berlangsung. Sekali lagi Intan Najuwa menegaskan dia bukan pengguna tetapi hanya saksi sahaja untuk satu kes salah guna bahan terlarang.

Ini jelasnya lagi:

“Tidak… Saya tidak terlibat dengan penyalahgunaan bahan terlarang hanya diminta tampil sebagai saksi sahaja. Kalau betul saya ada terlibat dengan salah guna barang terlarang itu, saya mungkin tiada dalam industri sekarang,” jelasnya.

Sebelum ini, ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dalam kenyataan media memaklumkan sedang mecanri tiga orang saksi termasuk Intan Najuwa. Ketiga-tiga mereka dikehendaki hadir ke Mahkamah Shah Alam pada 8 hingga 10 Oktober ini.

Intan Najuwa akan memberi kerjasama dan harap orang di luar sana tidak salah faham dengan perkara yang berlaku.

Sebelum ini, nama Intan Najuwa mula popular setelah berganding denagn Remy Ishak dan juga Ain Edruce menerusi drama Kekasih Paksa Rela.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here