Pengumuman Rasmi Majlis Nikah Fasha Sandha Dan Aidil Aziz

Pasangan sedang berbunga-bunga hatinya iaitu Fasha Sandha dan Aidil Aziz telahpun mengikat tali pertunangan pada 18 November tahun lalu. Kini ramai yang tak sabar nak tunggu majlis nikah mereka.

Akhirnya segala persoalan terjawab apabila fasha tampil menceritakan sedikit sebanyak tentangmalis pernikahannya dengan Aidil nanti.

Dari satu laporan, Fasha Sandha dan tunangnya, Aidil Aziz bakal melangsungkan pernikahan pada hujung bulan Mac ini.

Kata Fasha Sandha, majlis nikah dan bersanding akan diadakan di Perlis atas perminataan ibunya, manakala majlis sebelah lelaki pula akan di adakan di Rembau, Negeri Sembilan.

Ujarnya lagi, mereka berdua membuat keputusan untuk tidak akan berahsia tentang hal pernikahan ini.

Ini pengumuman Fasha Sandha:

“Saya dan Aidil memang merancang nak nikah hujung Mac ini. Majlis diadakan di Perlis atas permintaan mak saya. Malah, untuk majlis nikah akan dibuat di masjid.

“Kami takkan berahsia. Insya Allah, saya akan berkongsi lanjut dan menjemput rakan media untuk hadir.

“Untuk majlis di sebelah lelaki pula, perancangannya pada April. Pada majlis itu, kami turut menjemput peminat hadir. Jumlah jemputan 5,000 orang,”

Ada dua bulan saja lagi sebelum majlis perkahwinannya akan berlangsung, Fasha Sandha secara selamba memberitahu dia masih belum membuat sebarang persiapan kerana jadual kerjanya sangat padat.

Ini jelasnya lagi:

“Macam sekarang saya masih sibuk berlakon dan penggambaran drama Patah Sayap Bertongkat Paruh dijangka tamat pada 18 Februari. Kemudian, saya ada projek lain yang menanti.

“Ada dua bulan lagi sebelum majlis. Sejujurnya, saya belum ada sebarang persiapan. Berbanding Aidil, dia sudah buat sedikit demi sedikit seperti beli kain untuk keluaganya.

“Perancang perkahwinan sudah ada, tetapi saya belum ada masa untuk berjumpa dan berbincang. Saya nak selesaikan dahulu soal kerja baru boleh fikir mengenai majlis kahwin,”

Sama-sama kita tunggu majlis pernikahan mereka hujung bulan Mac nanti.

Sumber: HMETRO

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here