Pengerusi surau Korban ke -11 COVID19 di Malaysia

0
1241

Setakat tengahari ini, KKM memaklumkan wabak COVID-19 ini mencatatkan 11 angka kematian yang mana mangsa ke 11 adalah kes 1070.

Beliau adalah seorang warganegara Malaysia berusia 70 tahun dengan latarbelakang penyakit kronik. Sebelumnya beliau juga mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada bulan februari 2020.

Menurut KKM juga, beliau merupakan Pengerusi surau kawasan setempat beliau. Beliau telah mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM pada 18 Mac 2020.

Beliau telah disahkan positif COVID-19 pada 19 Mac 2020 dan diberi bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Kesihatannya merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 22 Mac 2020 jam 9.05 malam.

sumber: KKM PUTRAJAYA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here