Penduduk terkejut jumpa patung berhala diletak di surau

Jemaah Surau Sabilul Huda, Taman Pendamar Indah di Klang berasa amat terkejut kerana menjumpai sebuah patung berhala yang diletakkan berdekatan dengan pintu masuk utama surau itu.

Kejadian dikatakan berlaku petang semalam ketika masuknya waktu Asar.

Patung berhala itu ditemui sekitar jam 4.15 petang oleh siak surau iaitu Mohd Yatim Omar ketika datang ke surau berkenaan untuk buat persiapan menyempurnakan solat fardhu Asar.

Kata Mohd Yatim, patung berhala berkenaan ditemui olehnya ketika beliau mahu membuka pintu surau berkenaan yang telah dikunci.

Sebelum itu, ketika pulang selepas selesai sembahyang solat Zuhur, kata Mohd Yatim memand tak ada sebarang patung di dalam pekarangan surau.

Ini komennya:

“Terkejut dengan kejadian itu, saya kemudiannya memanggil ahli jawatankuasa (AJK) serta kariah surau tersebut bagi melihat sendiri patung tersebut. Saya tidak tahu apa motif patung berhala itu diletakkan di surau ini,”

“Sudah tentu, kami kecewa dan terguris akan perbuatan tidak bertanggungjawab itu dan menggesa dalangnya tampil memohon maaf.

“Sehubungan itu, satu laporan polis telah dilakukan awal pagi tadi di Balai Pandamaran, Klang Selatan serta menyerahkan patung itu bagi siasatan lanjut”

“Pada mulanya kami tidak mahu menimbulkan kekecohan serta memperbesarkan perkara ini, namun, kami tidak boleh mendiamkan diri lagi berikutan ia tidak menghormati agama Islam”

Mohd Yatim berkata, perkara ini amatlah sensitif kerana ia mencemarkan tempat ibadah bagi masyarakat yang beragama Islam, yang merupakan majoriti di negara ini.

Sehingga kini, tidak mengetahui siapa yang melakukan perbuatan tersebut apatah lagi surau tersebut tidak ada kamera litar tertutup televisyen (CCTV).

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan pihaknya.

Sumber KOSMO / BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here