“Pendarahan banyak dan mungkin alami keguguran..” Doakan kandungan kembar Datin Shahida selamat

Sebelum ini ada berlaku kekecohan apabila beberapa pihak yang buat laporan polis tentang video melibatkan anak Datuk Seri Aliff Syukri yang dikatakan dirotan kerana buka tudung.

Berita berkenaan mendapat liputan di media sehingga pihak menteri turut mengulasnya di slot berita utama. Sememangnya Aliff dan isteri amat sedih dengan berita berkenaan.

Hari ini, Datuk Seri Aliff Syukri memuatnaik satu update terkini, yang mana isterinya Datin Seri Shahida telah masuk ke hospital. Dari video itu, Aliff Syukri sekeluarga telah berbuka di hospital sambil Aliff menyuapkan makanan kepada isterinya.

Kata Datuk Seri Aliff Aliff, sebenarnya isterinya itu kini sedang hamil dan dia sengaja merahsiakan hal berkenaan kepada umum.

Namun, kerana stres mungkin disebabkan oleh keadaaan kes semasa yang melanda dan ada pihak yang membesarkan isu tersebut, kemungkinan sebab itu isterinya, Datin Seri Shahida tertekan sehingga alami tumpah darah.

Apabila diperiksa dan scan dibuat oleh pihak doktor, Datin Seri Shahida rupanya sedang hamil anak kembar.

Ini tulis Aliff Syukri:

“Impian yg tak tercapai

“Tolong doakan kandungan isteri saya selamat.. Dugaan 2 ramadhan

“Saya sengaja nak rahsiakan Isteri saya tgh pregnant nak buat suprise kat smua….. tapi dugaan mungkin stress dgn keadaan semasa baru2 ni dimana byk pihak membesar2kn… dan mungkin sbb tu .. berlaku pendarahan yg agak banyak dan mungkin mengalami keguguran.. bila scan2 pula Dr bgtau baby kembarr.. ya allah sygg yaaa

“Mudahan kedua2 anak saya dalam. kandungan selamat.. doakan ya semua sahabat ig dan fb…. mudahan dipermudahkan segala urusan, doa kalian amat saya hargai.

Semoga Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida dalam keadaan baik sahaja. Semoga anak yang dikandung itu selamat.

Sumber: Ig Aliff Syukri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here