Pendakwah di Vietnam Positif Covid19 Selepas Hadir ke Majlis Tabligh Membuat Permohonan Maaf Secara Terbuka

Seorang Ustaz di Vietnam yang positif Covid19 selepas hadir ke majlis tabligh di Sri Petaling dan pulang ke negara asal membuat permohonan maaf secara terbuka kerana disebabkan beliau, kampung dan masjid yang dihadirinya terpaksa ditutup.

Beliau disahkan positif COVID-19 selepas balik ke negara asalnya Vietnam setelah hadir ke perhimpunan Majlis Tabligh di Masjid Jamek pada 27 feb sehingga 1 mac 2020.

Maafkan saya. Selepas balik ke Vietnam, saya terus ke masjid untuk perjumpaan seterusnya. kata Pengerusi Persatuan Muslim Phan Rang, Nha Trang, Vietnam yang dikenali sebagai Ustaz Husaini.

Selepas 3 hari berada di rumah, badan beliau mula berasa sakit, batuk dan demam. Saya terpaksa menjalani tiga jenis ujian, iaitu ujian darah, hidung dan air liur bagi memastikan penyakit yang saya alami,” katanya.

Selepas membuat ujian darah, beliau disahkan positif covid-19.

Husaini berkata, semua ahli keluarga dan individu yang disyaki bersentuhan dengannya telah dikuarantin dan turut diarahkan menjalani ujian darah.

”Seluruh Kampung saya ditutup dan dua masjid berdekatan juga diarahkan tutup. Saya harap semua orang boleh maafkan saya.”

Menurutnya, beliau adalah mangsa pertama di Ninh Thuan dan merupakan kes ke-61 di Vietnam. Seisi keluarga termasuk isteri dan anak beliau juga disyaki Covid-19 dan dirawat secara berasingan.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here