Pencuri tersilap langkah, cuba samun wanita yang merupakan juara MMA UFC ..habis kena belasah

Seorang pencuri ternyata telah membuat satu kesilapan di dalam hidupny apabila cuba menyamun seorang wanita yang rupa-rupanya merupakan juara UFC (MMA). Memang malang nasib lelaki berkenaan.

Pencuri tersebut teruk kena belasa selepas tersilap langkah dengan cuba menyamun Polyana Viana, atlet wanita seni bela diri campuran (MMA) yang turut dikenali sebagai ‘Wanita Besi’.

Polyana Viana yang dinobatkan sebagai juara Ultimate Fighting Championship (UFC) kategori strawweight, menewaskan suspek dengan dua tumbukan serta sepakan, sebelum menggunakan teknik ‘rear-naked choke’.

Lebih hebat, Polyana Viana telah memaksa lelaki berkenaan untuk duduk sambil menunggu ketibaan polis.

Cubaan menyamun atlet berumur 27 tahun itu berlaku ketika beliau sedang menunggu kenderaan Uber di luar blok pangsapuri yang dihuninya.

Katanya, suspek mengaku memiliki pistol tetapi tidak sempat melakukan apa-apa apabila Viana bertindak membuka langkah mempertahankan diri.

Selepas menewaskan suspek, beliau mendapati senjata api yang didakwa dimiliki itu hanyalah sebuah replika diperbuat dari kadbod tebal.

Berang dengan kejadian itu, Polyana Viana turut memuat naik foto suspek yang lebam dan berdarah sementara menanti ketibaan polis.

Saya rasa dia dalam ketakutan kerana tidak menyangka saya akan bertindak sepantas itu,” kata Polyana Viana dalam laman web MMA Junkie.

Menurut Polyana Viana, suspek kemudian telah ditahan polis.

Tentang keadaaan dirinya, Polyana Viana kemudiannya telah pulang ke rumah dan akui mengalami sedikit kesakitan di bahagian tangan keesokan hari selepas membelasah lelaki terbabit.

Sumber: BH

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here