Semua sudah tahu tentang jualan terbesar yang diadakan di kebanyakan aplikasi dalam talian pada 11.11.19 yang lalu.
Rata-rata warga net tidak melepaskan peluang membeli belah secara dalam talian yang disifatkan sangat murah berbanding pada hari biasa.
Namun, lain pula yang terjadi pada pasangan suami isteri ini. Disebabka ‘jualan harga runtuh’ pada 11.11 dilaporkan bahawa seorang lelaki mahu membunuh diri kerana isterinya telah membeli belah lebih dari 300,000 yuan (RM177,559) untuk membeli sebuah beg tangan berjenama, minyak wangi mahal, baju serta pelbagai barangan lain.
Lelaki yang dikenali sebagai Wang berusia 29 tahu dan berasal dari Luzhou, Sichuan mahu melakukan tindakan tersebut kerana stress dengan kelakuan isterinya yang dikenali sebagai Zhan yang sangat boros.
Memetik laporan dari China Press, pihak polis telah menerima laporan berkenaan suami mahu terjun dari tingkat 33 bangunan jam 10 malam kelmarin yang stress dengan insiden tersebut.
Dengan kecekapan pasukan penyelamat yang telah memujuk lelaki tersebut kerana dia terlalu tertekan dan sempat menyelamatkan lelaki itu dari terus terjun bangunan.
Punca lelaki tersebut bertindak mahu melakukan perkara tersebut kerana dikatakan terlalu stress dan emosi kerana dia tidak mampu membayar hutang yang melampau itu selepas isterinya dengan sengaja menambah jumlah hutang dengan membeli belah sepenam jualan 11.11 itu.
Menurut lelaki tersebut, ia bukanlah perkara baru kenara isterinya juga telah melakukan hal yang sama tahun lepas.
Isteri lelaki itu telah membelanjakan lebih daripada 200,000 yuan (RM118,374) dan dia lah yang bertanggungjawab menyelasaikan kesemua hutang yang telah dilakukan oleh isterinya itu.
Menurut Wang, sebelum ini isterinya sudah berjanji akan menjaga dan mengawal diri daripada sikap borosnya namun ia hanyalah janji kosong.
Dia yang amat tertekan dengan situasi itu kerana isterinya sudah berhenti kerja kerana menjaga anak mereka yang kecil dan hanya dia sahaja yang bekerja bagi menyara kehidupan mereka.