Berita pemergian pelakon Zaibo yang meninggal dunia kira-kira pukul 1.30 petang hari ini telah mengejutkan banyak pihak terutama dalam kalangan selebriti yang mengenalinya.
Ini termasuk bekas pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah yang pernah popular ketika berlakon bersama Zaibo menerusi sitkom popular Spanar Jaya.
Wardina menyifatkan Allahyarham sebagai seorang bapa kepadanya ketika dia menjayakan watak sebagai Misha dalam sitkom itu.
Dalam Spanar Jaya, Zaibo merupakan bapa kepada watak Wardina.
“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fu’ anhu. I learnt a lot from him – he was literally my father when I played Misha in Spannar Jaya. I was unfortunate I did not have the opportunity to visit him. 🙁 I’m sorry uncle Zaibo. Thank you for everything.”
Ini translate dalam Bahasa melayu:
“Saya belajar banyak daripadanya, dia bagaikan seorang bapa kepada saya ketika saya melakonkan watak Misha dalam Spanar Jaya. Saya tidak bernasib baik kerana tidak berpeluang untuk menziarahinya. Maafkan saya Uncle Zaibo. Terima kasih untuk segalanya”
Sementara itu, seorang lagi pelakon iaitu Erra Fazira memberitahu dia akan sentiasa mengenang Zaibo sebagai seorang abang dan bapa yang disifatkan tidak kedekut ilmu dan sentiasa memberi nasihat.
Pernah berlakon bersama, Erra berkata, antara memori yang tidak dapat dilupakan ketika mereka sama-sama mengerjakan Umrah di tanah suci Mekah sekitar 17 tahun lalu.
Dalam pada itu, Erra berkata, Zaibo seorang tukang masak yang handal malah resepi diajar kepadanya masih digunakan sehingga ke hari ini.
Ini luahan Erra Fazira:
“Innalillahiwainnailaihirojiun.. Abang Zaibo kini telah tiada, dia telah kembali kepadaNya. Sesungguhnya mati itu pasti, dunia hanya sementara.
“Abang Zaibo yang saya kenali, sangat baik orangnya… Seorang abang dan ayah yang tak lokek ilmu dan selalu memberi nasihat. Kami pernah berlakon bersama, pergi menunaikan umrah bersama.
“Baru rancangan dengan Kak Intan untuk Ziarah Abang Zaibo esok tapi Allah lebih dahulu menjemput Abang Zaibo”
“Ya Allah, sayu hati ini kehilangan insan yang sangat baik hati ini, meskipun sudah lama tidak ketemu, keramahannya, kebaikkan sentiasa melekat di hati.
“Abang Zaibo sangat pandai masak malah ada antara resepinya saya pegang hingga ke hari ini.
“Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosa Abang Zaibo dan terimalah segala ibadahnya walau sekecil zarah… Moga dengan rahmatMu, Dikau letakkan dia dalam kalangan hambaMu yang beriman dan menjadi penghuni syurga kelak. Amin”
Isteri kepada Allahyarham Zaibo iaitu Siti Hawa Sawal, memaklumkan jenazah akan dikebumikan hari ini di tanah perkuburan Islam di Rengit, Batu Pahat, Johor.
Zaibo sebelum ini disahkan ada penyakit kanser esofogus tahap empat dan meninggal dunia ketika berada di rumahnya di Johor.
Salam takziah buat keluarha Zaibo. Al Fatihah!