Ini satu berita yang agak sedih dan juga tragis apabila seorang pemain bola sepak untuk pasukan bola sepak SARBAN FC yang dikenali sebagai Khairul Anuar Hashim ditemukan lemas di sebuah tasik.
Khairul Anuar Hashim lemas ketika cuba mengambil bola yang terjatuh ke dalam tasik dalam kejadian yang berlaku di Tasik Eco Ardence, Setia Alam kira-kira jam 10 malam tadi.
Adik kepada mangsa yang bernama Khya, telah berkongsi kisah sedih itu di laman media sosial Twitter, setelah beberap jam opersi dijalankan, akhirnya jenazah abangnya selamat dijumpai pasukan penyelamat pada jam 2.37 pagi.
Ini tulis adik kepada mangsa:
“Alhamdulillah jam 2:37 pagi abang saya telah selamat dijumpai. Jenazah telah dibawa ke hospital Klang.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan sedekahkan al-Fatihah kepada arwah. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin,”
Dikatakan sebelum kejadian, mangsa bersama beberapa rakan-rakan sepasukan sedang bermain bola sepak di padang bersebelahan tasik tersebut.
Kemudian, bola berkenaan dikatakan telah terjatuh ke dalam tasik tersebut.
Mangsa dikatakan mahu mengambil bola yang terjatuh ke dalam tasik tersebut dan cuba berenang namun dikhuatiri lemas.
Usaha untuk menyelamatkan mangsa oleh orang ramai selepas kejadian tersebut dikatakan telah gagal ekoran keadaan sekitar tasik yang amat gelap.
Kemudian, operasi mencari dan menyelamat mangsa kemudian dijalankan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam dan Pelabuhan Klang.
Sumber gambar: Twitter Khya
[…] Sumber Feed […]