Pelawak Kamal Chilok Menghembuskan Nafas Setelah Koma Dua Hari

Peserta Maharaja Lawak Mega 2018 dari kumpulan Chilok yang dikenali sebagai Mohd Kamal Shah Saharuddin yang mengalami pendarahan dalam kepala, patah bahu dan kaki selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya kira-kira jam 2 petang pada Khamis lalu.

Berita sedih itu dimaklumkan sendiri oleh ahli kumpulan Chilok sendiri iaitu Chiwan. Kamal dilaporkan kritikal dan dirawat di Hospital Putrajaya.

Pelawak ini dikatakan berniaga makanan patin tempoyak secara pembayaran tunai semasa (cash on delivery) telah terlibat dalam nahas jalan raya semasa dalam perjalanan balik sebaik sahaja menghantar oder untuk di Putrajaya.

Mangsa disahkan koma selama dua hari disebabkan nahas kemalangan jalan raya itu.

Terkini, apabilla peserta Maharaja Lawak Mega itu disahkan meninggal dunia pada pukul 5.15 petang, Sabtu petang ini.

Penyampai radio, Isma Halil Hamzah yang juga merupakan saudara mangsa berkata bahawa Kamal meninggal dunia di Hospital Putrajaya kerana kecederaan teruk daripada kemalangan itu.

Menurut sumber, jenazah pelawak tersebut akan dibawa pulang ke kampungnya di Kampung Bukit Bangkong, Sungai Pelek, Sepang, Selangor dan akan dikebumikan pada pagi Ahad esok.

Allahyarham telah meninggalkan seorang isteri yang dikenali sebagai Bea Zhari yang kini sedang mengandungkan anak sulung mereka. Pasangan ini juga baru sahaja berumah tangga.

Sebagai rekod, pelawak ini telah terlibat dengan kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang sebaik sahaja selesai menghantar tempahan patin tempoyak seorang pelanggan beliau di Putrajaya.

Mangsa dikatakan telah mengalami kecederaan pada anggota badan dan pendarahan teruk pada kepala serta koma dan tidak sedarkan diri.

Semoga Allahyarham ditempatkan dengan golongan orang-orang yang beriman. Semoga isteri dan bakal anak yang dilahirkan akan terus tabah menghadapi ujian yang amat getir ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here