Pelakon tak mampu beli lampin, susu anak.. Terpaksa duduk dengan ibu bapa, pinjam duit isteri

Kini tak sampai lagi seminggu saja lagi semua penganut agama Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Namun, pelakon Reza Hasbi berdepan situasi yang amat mencabar dan memeritkan apabila dia kini terpaksa meminta ihsan ibu bapa demi meneruskan kehidupannya bersama isteri dan anak kecil.

Ini berlaku kerana Reza Hasbi dah lebih dua bulan tidak menerima mana-mana tawaran berlakon. Malah ada juga syarikat yang tak bayar gajinya.

Dedah Reza Hasbi, dia juga tidak mampu untuk membeli keperluan dua orang anaknya sehingga pernah merancang membuat permohonan bantuan di pusat zakat.

Ini komen Reza Hasbi:

“Saya amat mengharapkan job besar untuk teruskan kehidupan. Sepatutnya pihak pengurusan tolong promosi artis tapi tak nampak mereka buat apa-apa pun. Dah masuk dua bulan lebih saya tiada kerja.

“Sekarang ni saya duduk bersama keluarga di kampung, Kuala Kangsar, Perak dan hidup atas ihsan mak ayah, menumpang makan daripada mereka.

“Saya memang tiada duit langsung sampai terpaksa pinjam duit isteri untuk isi minyak. Lampin dan susu anak pun isteri saya yang keluar duit. Nak balik kampung pun pinjam dengan mak. Sampai satu tahap saya rasa nak minta bantuan pusat zakat,”

Dalam pada itu, Reza Hasbi yang merupakan pelakon drama Dia Menantu Rahsia, telah meluahkan rasa kesal terhadap pihak produksi yang menguruskannya kerana menganggap itulah antara yang jadi punca dia tidak mendapat sebarang tawaran berlakon.

Malah, Reza Hasbi terasa seperti telah dianaktirikan oleh syarikat terbabit.

Ini jelasnya lagi:

“Saya sangat kesal dengan apa yang berlaku. Seolah-olah tak menghargai bakat dimiliki anak seni.

“Ia membuatkan saya rasa sudah putus asa dalam industri bila jadi macam ni. Bila tengok kawan-kawan lain, job mereka back to back. Rasa seperti dipinggirkan.

“Saya sangat mengharap pihak pengurusan dapat buat promosi untuk saya. Tak pernah saya tak dapat job langsung. Kalau sampai bulan Julai ini tiada tawaran saya terpaksa tinggalkan bidang seni,”

Selain tidak ada tawaran, Reza turut terkilan dengan sikap sebuah produksi tempatan yang didakwa tidak melunaskan bayaran berjumlah RM5,000.

Menurut Reza, pelbagai alasan diberikan syarikat berkenaan namun sehingga hari ini tiada bayaran diterima.

Ini pendedahan dari Reza Hasbi:

“Dah lima bulan saya tunggu bayaran. Mereka asyik beri harapan akan bayar tapi sampai hari ni tiada bayaran.

“Sudah minta banyak kali sampai tak tahu nak cakap macam mana kerana sudah malu nak minta.

“Kalau anda tak dapat penuh tidak mengapa, bayar RM1,000 dulu pun saya terima,”

Dalam pada itu, Reza juga ada meluahkan rasa isi hatinya di laman IG baru-baru ini.

Reza Hasbi dan isterinya, Rosedarlila mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2015. Hasil perkahwinan, pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

Sumber; mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here