Pelakon Noryati Taib Diuji, Sebelah Kakinya Terpaksa Dipotong.. Baca Kisahnya

Drama bersiri Nur 2 kini sedang rancak menjalani penggambaran. Drama Nur sebelum ini pernah mencetuskan fenomena tersendiri apabila ianya menajdi hit dan ditonton berjuta-juta pemnat drama Malaysia.

Dalam perkembangan terkini, Azhan Rani telah mendedahkan sesuatu tentang rakan pelakon yang senior iaitu Noryati Taib.

Azhan Rani yang mendukug watak Ustaz Hamadi ada merakam kembali momen dirinya beraksi buat kali pertama dengan pelakon veteran, Noryati Taib.

Pada sama, pelakon itu turut memuji keberkesanan watak Noryati menerusi drama rantaian terbaru ini meski sedang bertarung dengan penyakit kronik.

Malah Azhan Rani mendedahkan bahawa kaki Noryati Taib terpaksa dipotong dan kini berjalan dengan kaki palus akibat komplikasi diabetes yang dialami pelakon berkenaan.

Ini pendedahan Azhan Rani:

“alhamdulillah.. syukur kepada Allah yang memberikan kesempatan ini.. perhatikan sosok tubuh ni walaupun dah makin kurus tak macam yang selalu kita biasa tengok di kaca tv dulu tapi masih mampu tersenyum.. inilah @makuda_yati kali terakhir 2 tahun sudah kami bekerjasama dalam drama ramadhan berjudul #budakijat.. saat itu beliau masih gagah lagi walaupun sedang bertarung dengan penyakit kencing manis..

“kini beliau diuji dan sebelah kakinya terpaksa dipotong dan sekarang sudah mampu berjalan dengan kaki palsu.. yang merindukan @makuda_yati di kaca tv jangan lepaskan menonton #nur2 nanti.. kali ini watak beliau lain dari yang lain.. lupakan makcik petir.. persembahan dia kali ni lain dan sangat menyengat.. saya berkesempatan tonton sedikit priview scene beliau.. tak banyak scene kami bersama dalam #nur2 ini.. namun hari ni dapatlah melepas rindu..

“mohon yang menyayangi @makuda_yati ini sama2 doakan beliau terus ceria, kuat dan terus tabah menjalani hari2 beliau.. dan semoga mampu terus melepaskan rindu dan mencurahkan bakat beliau dalam drama tv dan filem.. semoga juga ketabahan dan ujian beliau menjadi ingatan dan panduan untuk kita agar mampu setabah dia andai tiba giliran kita diuji nanti.. we love you @makuda_yati”

Sama-sama kita doakan agar Noryati terus kuat dan cekal dengan keadaan terkininya.

Kini rasa tak sabar pula nak tengok drama Nur 2 ni. Mesti best giler!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here