Pelajar Tahfiz Melecur Disimbah Air Panas

Kes buli di dalam kalangan pelajar Tahfiz bukan lagi perkara yang baru. Acap kali kita mendengar berita yang sedemikian terjadi.

Terbaru apabila seorang individu telah berkongsikan tentang kes buli yang terjadi di Tahfiz yang melibatkan seorang pelajar yang telah disimbah air panas ketika tidur.

Mangsa dikatakan sedang tidur dan telah disimbah dengan air panas dan telah melecur separuh badan. Menurut individu itu lagi, kejadian ini berlaku di
tahfiz yang terbakar dekat Kampung Datuk Keramat.

Mangsa simbah air panas kini sedang berada di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan sedang dirawat disitu.

Menurut pengetuanya iaitu Muhammad Zahid Mahmod semasa diminya menjelaskan hal ini pada Rabu lepas mendakwa bahawa ia bukan kes buli tetapi adalah kes salaf faham serta ejek-mengejek antara dua orang pelajar berusia 12 tahun.

Penjelasan daripada pengetuan tahfiz ini lagi :

“Pada malamnya, saya telah memanggil kedua-dua ibu-bapa pelajar berkenaan untuk berbincang. Kami sangka perbalahan selesai selepas pertemuan tersebut”.

“Bagaimanapun, pada sekitar jam 4 pagi pelaku bertindak demikian ketika mangsa sedang tidur menyebabkan beberapa bahagian anggota badannya melecur,”

“Mangsa melecur pada bahagian belakang badan dan sedikit di bahagian perut selepas disimbah dengan secawan air panas”.

“Kami menghantar mangsa ke hospital selepas kejadian dan difahamkan mangsa perlu dirawat beberapa hari sebelum dibenarkan keluar,”

“Pelaku sudah dua tahun belajar di tahfiz sementara mangsa baru enam bulan di sini. Pelaku sebelum ini tidak ada sebarang masalah disiplin”.

“Biasanya kalau pelajar itu bermasalah mereka tidak akan mampu tinggal lama di tahfiz namun pelaku sudah dua tahun belajar di sini. Insiden ini adalah di luar kawalan kami,”

“Susulan kejadian kebakaran pada 2017, kami menerima kawan dan juga lawan. Saya sedang diuji dan menerima dugaan ini dengan tenang atas niat kerana ALLAH SWT.

“Mungkin ada hikmahnya dengan kejadian ini, setidak-tidaknya membuka mata orang awam untuk mengingati kembali tahfiz kami,”

Menurut pengetuan tahfiz itu lagi, mangsa tidak lah melecur separuh badan seperti yang didakwa dan dikatakan bahawa insiden ini telah pun dalam siasatan polis bagi mengenal punca kejadian tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here