Pelajar Law Dikecam Buat Cover Lagu K-Clique

Lagu Mimpi dari kumpulan hip-hop popular, K-Clique menjadi siulan dalam dan bualan anak muda. Selain itu terdapat banyak versi cover di segenap media sosial.

Terkini apabila cover lagu Mimpi yang dinyanyikan oleh Shazlin Salamat telah berjaya mencuri perhatian warga net. Dia yang juga pelajar bidang perundangan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Seakan tidak percaya apabila alunan suaranya menerima reaksi positif dalam kalangan netizen.

Shazlin mendedahkan mula aktif membuat cover lagu sekitar 2017 dan ini komen darinya:

“Lagu Mimpi tu saya rakam Jumaat, esoknya saya post di Twitter. Terkejut bila viral.

“Saya pun tak jangka ramai akan suka. Rasa terharu, bersyukur, teruja dan bersemangat untuk buat banyak lagi cover.

“Dalam cover tu saya main ukulele. Saya juga boleh main piano dan gitar. Ukulele dan piano saya belajar sendiri.

“Gitar pula ayah yang ajar. Ayah dulu boyband masa kat kampung,”

“Saya nak ucap terima kasih pada mereka yang selalu sokong saya. Tapi ada juga saya terima komen negatif.

“Ada yang kata tak perlu nyanyi, lebih baik mengaji je. Saya tak balas, tapi saya ambil sebagai iktibar.

“Makin dibalas, makin mereka serang, jadi saya abaikan je,”

“Saya nak habiskan ijazah dulu. Kalau ada rezeki jadi penyanyi apa salahnya. Tapi saya juga tak akan tinggalkan bidang law,”

Menurutnya dia tidak menolak jika mendapat tawaran sebagai penyanyi dan juga memberitahu bahawa dia tidak akan mensia-siakan peluangnya dalam bidang perundangan kerana dia sudah memasuki tahun ketiga pengajian.

Rugi pula jika dia berhenti belajar. Semoga impian Shazlin menjadi penyanyi menjadi kenyataan.

Sebagai rekod, sebelum ini dia pernah menyertai Idola Kecil musim ketiga, pada tahun 2012. Patut la suara sedap pakej dengan rupa yang cantik sekali.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here