Pakwe pukul awek dilabel ‘Dayus of the Year’, mangsa pula pertahan kata “dia tibai bersebab”

Satu video menjadi viral yang menunjukkan aksi seorang lelaki sedang memukul seorang gadis dikatakan teman wanitanya. Video ini ternyata telah menimbulkan kemarahan netizen.

Video berkenaan yang dimuat naik di Instagram dan kemudian disebarkan ke Twitter sejak Ahad lalu menerima lebih 17,000 retweet.

“Siapa Kenal ni? Lenjan anak orang sampai macam tu sekali? Ini la lelaki Dayus of The Year” tulis individu yang memuat naik video tersebut di Twitter.

Berang dengan apa yang disaksikan, para netizen bertindak membuat siasatan sendiri sebelum mendedahkan identiti si lelaki dan mangsa yang juga kekasihnya itu.

Lelaki berkenaan memuat naik permohonan maaf di Instagram miliknya dan menjelaskan perkara sebenar yang berlaku antara dia dan kekasihnya.

Menurut lelaki itu, dia sudah pun memohon maaf daripada keluarga teman wanitanya dan meminta agar perkara itu tidak diperbesarkan lagi. lelaki terbabit juga sudah menyedari kesilapan itu dan tekad untuk tidak menyentuh mana-mana individu lain secara kasar selepas ini.

Ini komennya:

Sementara itu, menerusi satu lagi paparan skrin yang disebarkan, gadis berkenaan turut membuat satu penjelasan dan mempertahankan tindakan teman lelakinya itu.

Katanya, keluarganya telah memafkan hal berkenaan dan lelaki berkenaan bertindak begitu kerana bersebab.

“Family aku dah maafkan. Bukannya tibai korang. Dia tibai aku bersebab. Korang tak tahu diam-diam lah”

Menerusi Insta Story pula, dia sekali lagi membuat penjelasan dan merayu supaya video berkenaan dipadam dan tidak disebarkan lagi.

Ini komen gadis berkenaan:

Walaupun kedua-dua emreka seperti sudah menyelesaikan kes berkenaan, ramai netizen yang meluahkan rasa berang dan tak puas hati kerana lelaki berkenaan yang sangguo naik tangan kepada seorang wanita walhal tiada ikatakan apapun.

Bagi netizen perkara berkenaan langusng tak patut dan tak wajar dilakukan dan memang lelaki berkenaan seorang yang dayus.

Ini antara komen netizen di luar sana:

Jangan cari laki panas baran takde otak macam ni ye kaum wanita. Ni depan orang ramai dia boleh bantai. Belakang berdua je nanti pun lagi lah” @Adbshukrie.

Lelaki macam ni tak layak kahwin di usia muda, kalau time bercinta pun dah macam ni.. kita doakan yang baik agar dia berubah di masa akan datang, okay?” @JejakaNeon.

Lelaki dayus.. wanita tu insan yang lemah, memang dilahirkan dengan sifat kelembutan. Kalau sebelum kahwin dah layan macam ni, tak mustahil selepas kahwin sama sifatnya” @netizen

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here