Ini satu berita tentang usahawan komestik berstatus jutawan iaitu Nur Sajat. Untuk pengetahuan, baru-baru ini, Nur Sajat telah datang ke Kota Bharu, Kelantan untuk menjayakan pesta jualan atau event popular iaitu Mood Republik.
Sajat ternyata mencuri tumpuan apabila tampil dengan memakai baju kebaya serta lengkap bertudung. tutup aurta katanya.
Penampilan Sajat itu nampaknya telah dikecam teruk oleh orang ramai dan para netizen serta turut mendapat perhatian Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan.
Pemuda Amanah mahu kerajaan negeri Kelantan mengeluarkan saman ke atas Nur Sajat dan melarang usahawan tersebut untuk datang ke Kelantan.
Perkara ini diluahkan oleh Naib Ketua Pemuda Amanah Kelantan, Mohd Romizu Mohd Ali. Beliau berkata, tindakan Nur Sajat itu jelas bertentangan dengan dasar kerajaan negeri yang mengamalkan corak pentadbiran Islam.
Tindakan perlu diambil berikutan apa yang dilakukan oleh Sajat itu jelas lari dengan dasar kerajaan negeri yang mengamalkan corak pentadbiran Islam.
Jelasnya lagi,sebelum ini kerajaan negeri Kelantan dilihat cukup lantang, namun berkenaan isu Sajat tiada sebarang tindakan yang diambil.
“Jadi saya mahu kerajaan Pas Kelantan mengeluarkan saman ke atas Nur Sajat dan ‘gam’ usahawan kosmetik itu dari masuk ke negeri ini.
“Saya nak tanya, mana corak Islam yang dilaungkan sebelum ini. Adakah sekadar hendak meraih kuasa saja baru nak bercakap soal Islam.
Sementara itu, dari komen, rata-rata netizen mahukan Kerajaan Kelantan mengambil tindakan terhadap isu tersebut. Akan tetapi, setakat ini tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pimpinan dari peringkat negeri.
Sumber: Rotikaya