Pakai seluar nampak seluar dalam? Ini respon Sherry Ibrahim

Selebriti popular tanah air, Sherry Ibrahim memuatnaik satu foto yang jadi viral semalam. Dari ruangan komen, ramai yang tertanya-tanya mengapa pelakon berkenaan memakai seluar yang memperlihatkan seperti seluar dalamnya.

Shery Ibrahim kemudian tampil memebri komen dan memohon maaf sekiranya foto yang dimuat naiknya menerusi akaun Instagram (IG) semalam megundang rasa tidak selesa di kalangan para followernya.

Kata Sherry Ibrahim, bahagian yang kelihatan seperti seluar dalam seperti yang didakwa oleh ramai netizen sebenarnya getah ‘tights’ yang dipakai di bahagian dalam seluar jeansnya.

Ini penjelasan dari Sherry Ibrahim:

“Saya minta maaf jika tak sedap mata memandang, sebenarnya bahagian yang kelihatan itu adalah getah ‘tights’ yang saya pakai di dalam seluar jeans saya.

“Perkara itu berlaku secara tidak sengaja, tambahan lagi saya telah turun berat badan, jadi, bahagian pinggang seluar saya agak longgar.

“Saya tidak berniat untuk membuat orang ramai berasa tidak selesa, lagipun saya tidak menampakkan bahagian kulit saya”

Dalam pada itu, Sherry Ibrahim turut mengatakan dia tidak mahu memadam foto itu dari akaun IGnya kerana tidak lah terlalu ‘over’.

Ini jelas Sherry Ibrahim lagi kenapa tak nak “delete” foto itu:

“Saya tidak mahu memadam gambar itu, ia bukanlah keterlaluan, terasa sayang untuk memadamnya”

Sherry Ibrahim berketa sedemikian ketika ditemui di tayangan Game of Thrones musim kelapan (episod pertama) bertempat di TGV One Utama semalam.

Diruangan komen gambar tersebut, rata-rata netizen meminta agar pelakon itu lebih berhati-hati dalam bergaya dan juga berfesyen. Selain itu ada juga netizen yang mengatakan bahawa imej seperti itu agak tidak sesuai dengan imej Sherry Ibrahim yang telahpun berhijab dan menutup aurat.

Sumber; Astro Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here