Padah Gemuruh, Shafie Rio Tersingkir

Peserta Gegar Vaganza musim kelima, Shafie Rio tersingkir selepas diumum sebagai peserta mempunyai markah terendah pada konsert minggu keempat program Gegar Vaganza musim kelima (GV5) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Shafie yang merupakan vokalis kumpulan Rio telah mendapat markah terendah daripada juri profesional selepas mengampaikan lagu Ada Apa Dengan Cinta nyanyian asal Melly Goeslaw duet bersama Azharina.

Datuk Khatijah Ibrahim yang mengulas persembahan Shafie pada malam ini berkata Shafie kelihatan gemuruh ketika berada di atas pentas. Penyanyi yang terkenal dengan lagu Layu Dihujung Mekar itu juga tidak memberikan yang terbaik dalam pertandingan tersebut.

“Awak nampak betul-betul gemuruh namun saya tahu sukar untuk menyanyi bersama duet yang tidak pernah bekerjasama sebelum ini. Awak perlu buat lebih banyak buat latihan pada masa akan datang, ini adalah pertandingan”

Di minggu keempat, Noryn Aziz sekali lagi dipilih sebagai penyanyi terbaik di ikuti oleh penyanyi Maya Matahari dan Dia Fadila. Kumpulan Forteen turut mencatatkan peningkatan dengan mendapat tempat keempat pada minggu ini.

Selain empat peserta yang disebut di atas, peserta lain yang mara ke peringkat seterusnya ialah Farawahida, Zamani, Hetty Sarlene, Amelina dan duo Billyzulkarnain.

Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak minggu ini pulak disandang oleh Amelina.

Persembahan peserta pada minggu ini diadili oleh dua orang juri tetap iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim manakala konduktor dan pengubah muzik terkenal iaitu Datuk Mokhzani Ismail tampil sebagai juri jemputan.

Juara Gegar Vaganza musim kelima bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here