Orang Kenamaan VIP Hutang Aliff Syukri Sebanyak RM2 Juta… Siapakah?

Jutawan kosmetik Dherb Terlajak Laris iaitu Datuk Seri Aliff Syukri membuat satu pendedahan yang agak mengejutkan.

Aliff Syukri yang merupakan penaja utama Gegar Vaganza telah mendedahkan terdapat beberapa orang kenamaan yang berhutang dengan dirinya namun tidak mahu membayar balik.

Yang membuat ramai terkejut ialah menurut Aliff, orang kenamaan tersebut berhutang dengan jumlah yang amat banyak iaitu kira-kira RM 2 juta. Fuh!

Ini komen Aliff Syukri tentang isu ini:

“Saya sudah menghantar surat dan berjumpa dengan orang tersebut. Saya menyerahkan segalanya kepada peguam untuk menyelesaikannya namun jika boleh diselesaikan secara baik lebih bagus.

“Pesanan saya kepada orang yang suka berhutang, jangan jadikan orang yang meminta hutang seperti pengemis. Saya belum viralkan lagi, jangan paksa saya untuk membesarkan isu ini”

Ramai tertanya-tanya siapakah gerangan VIP ini namun Aliff Syukri belum mahu menviralkannya. Kalau Aliff Syukri viralkan nanti pasti jadi bualan ramai, maklumlah nilai hutang katanay sampai RM2 juta, banyak betul!

Untuk mengembangkan perniagaan, ketika ini syarikat jenama D’Herbs milik Aliff Syukri telah menjadi penaja utama program Gegar Vaganza musim kelima (GV5) menggantikan DS Vida yang terpalit beberapa kontroversi.

Gegar Vaganza akan bersiaran selama lapan minggu, dan boleh ditonton secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here