Nur Sajat Kena Denda, Mahkamah Akhirnya Dedah Nama Sebenar

Satu kes melibatkan Nur Sajat di mahkamah telah menarik perhatian ramai. Kes berkenaan di bawah Seksyen 41 (6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 menarik perhatian hari ini apabila Mahkamah Sesyen mendedahkan nama lelaki usahawan kosmetik itu.

Nama lelaki ‘Nur Sajat’ adalah Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman walaupun usahawan tersebut berterusan mendakwa dia adalah wanita.

Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad memakai baju berwarna merah ketika tiba di mahkamah sekaligus mencuri perhatian ramai.

Ini fotonya:

Ini videonya:

Nama Nur Sajat terpapar di senarai kes di Mahkamah Sesyen Shah Alam

Nama ahli perniagaan, Nur Sajat terpapar di senarai kes di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini.Nur Sajat dijangka akan menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 41(6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.Berita penuh di https://goo.gl/yLvhyMLaporan Mojo, TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN

Posted by Sinar Harian on Tuesday, 18 December 2018

Nur Sajat yang kini berumur 33 tahun kemudiannya mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan gagal mengemukakan penyata di bawah akta berkenaan dan didenda RM900 bagi setiap pertuduhan menjadikan jumlah terkumpul denda adalah RM2,700.

Hakim Rofiah Mohamad turut memerintahkan Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 33, dikenakan hukuman penjara enam minggu jika gagal membayar denda itu.

Terdahulu, dia yang mengusahakan perniagaan kosmetik dan emas mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan berkenaan.

Mengikut semua pertuduhan, Nur Sajat didakwa gagal mengemukakan penyata perniagaan kepada Ketua Pengarah Kastam Malaysia mengikut cara yang ditetapkan sepanjang 1 April 2015 hingga 30 Jun 2015, 1 Oktober 2015 hingga 31 Disember 2015 dan 1 Januari 2016 hingga 31 Mac 2016.

Semua perbuatan itu dilakukan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Kelana Jaya pada 22 Oktober 2015.

Mengikut Seksyen 41 (6) Akta GST 2014, ‘Nur Sajat’ boleh didenda maksimum RM50,000 bagi setiap pertuduhan.

Sumber-UTUSAN ONLINE / BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here