Noorkhiriah Naik Geram, Tegur Seorang PU

Siapa tidak kenal selebriti kecil molek Noorkhiriah yang sangat berbakat dalam bidang lakonan. Setiap lakonan yang dibawakannya pasti dapat dijiwai sepenuh hati sehingga memberi kesan kepada penonton.

Antara drama terbaru lakonannya yang menjadi fenomena ialah drama Nur di TV3. Mesti korang ingatkan drama ni.

Untuk pengetahuan korang, Noorkhiriah ni boleh dikatakan aktif juga di laman media sosial terutama di Instagram. Semalam, Nurkhiriah semalam telah memuatnaik satu status yang menjadi tumpuan para follower dan jug anetizen.

Noorkhiriah dilihat meluahkan rasa ‘geram’ dengan seorang pencetus ummah (PU). Eh apa kes pula ni wahai Noorkhiriah?

Pelakon ini telah tampil meluahkan perasaan geram dengan tindakan seorang PU yang dilihat tidak berpuas hati dengan golongan selebriti. Noorkhiriah berpendapat lagi, PU janganlah menyalahkan mana-mana pihak dengan sebarang kejadian yang berlaku.

Ini luahan hati pelakon ini:

Noorkhiriah sempat memohon maaf jika luahan rasa hatinya itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap PU terbabit.

Walaubagaimanapun, tidak dapat dikenalpasti siapa pencetus ummah yang dimaksudkan kerana tidak ditujukan secara spesifik. Dan yang terkini, Noorkhiriah juga didapati telah memadam status.

Sumber: OhBulan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here