Pelakon drama Nur iaitu Noorkhiriah telah berang dan mengamuk dengan sikap wanita ketika terlihat dengan matanya sendiri apa yang berlaku dalam tandas.
Noorkhiriah telah mempersoalkan sikap pengotor sesetengah wanita yang tidak mementingkan kebersihan dengan membuang ‘tuala wanita’ merata-rata dalam tandas awam.
Pelakon genit berumur 39 tahun ini, berkata sekiranya seseorang itu bertanggungjawab, dia akan membuang barang tersebut di tempat yang sepatutnya.
Luahan berkenaan di tulis oleh Noorkhiriah di laman IG miliknya.
Ini komennya:
“Maaf nak tanya… Apa yang korang rasa bila masuk tandas awam lebih-lebih lagi tandas RNR (rehat dan rawat)? Korang ada rasa terjawab atau tak apa la, ada orang tukang cuci.
“Aku buang tuala tuttt merata-rata dengan kesan pun tak apa. Mana sivik kita sebagai seorang wanita? Akak tak nak kisah bab tandas lelaki sebab tak pernah masuk.
“Korang andai ada rasa tanggungjawab, kita takkan buang tuala wanita atau pad, pampes bersepah macam saja dengan taik, darah masih melekat,”
Netizen turut bersependapat dengan Khiriah dan turut meluahkan rasa bengang dengan tindakan tidak bertanggungjawab segelintir wanita yang tak menjaga kebersihan.
Sementara itu, Khiriah turut mengingatkan bahawa tukang cuci atau cleaner bukanlah hamba untuk melakukan kerja seperti membersihkan barangan peribadi orang lain.
Bagi Noorkhiriah, pekerjaan seperti tukang cuci dan pengutip sampah itu lebih mulia.
Menurutnya lagi, dia mohon maaf sekiranya ada pihak yang tidak bersetuju dan berharap netizen tidak menyalahkan bangsa tapi perkara itu adalah tanggungjawab bersama.
“Tukang cuci bukan hamba kita. Mereka cari rezeki. Kalau tak ada rasa kesian tapi timbulkanlah rasa kebersihan itu sebahagian dari iman.
“Bagi akak, tukang cuci, pengutip sampah itu tahap kerja mereka lagi mulia dari yang duduk bersejuk pakai kot. Kepit beg celah tiok (ketiak), pintu kereta orang bukakan.
“Maaf andai ada yang tak setuju. Jangan kita salahkan bangsa bagi akak tanggungjawab bersama,”
Ini luahan penuh Noor khiriah:
Kepada wanita diluar sana jagalah kebersihan bersama, jangan buang merata-rata ye.