Noor Nabila Komen Tentang Spekulasi Netizen Terhadapnya

Noor Nabila Mohd. Noor atau lebih dikenali oleh netizen kerana dia merupakan kakak kepada pelakon serta pengacara popular iaitu Neelofa telah mendedahkan bahawa dia hanya memfokuskan hidupnya untuk anaknya.

Noor Nabila juga turut berkata jika sesuatu masalah yang terjadi dia selalunya menepis masalah tersebut dan tidak beranggapan ia suatu beban.

Kakak kepada Neelofa ini telah ditemubual oleh pihak Nona bagi berkongsikan apa perasaan serta pandangan beliau terhadap apa yang terjadi.

Usahawan cantik ini yang juga masih lagi isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad turut menyatakan pendapatntya tentang komen para netizen yang selalu
mengikuti perkembangan dirinya.

Ini komen dari Noor Nabila:-

“Saya rasa media sosial ni ibarat ‘speculation’. Orang suka ‘speculate’ apa yang mereka rasa. Akan tetapi bagi saya, mungkin ada yang menganggap saya seorang public figure, tetapi saya tidak rasakan begitu.

“Saya pun mahu buat apa yang saya inginkan tanpa perlu fikirkan sesiapa. Akan tetapi bila fikirkan nanti ada yang komen macam-macam, jadi malaslah. Tapi adalah masa yang ‘ter…ter’ tu…,” seloroh Nabila.

Noor Nabila juga turut di tanya dan minta mengulas berkenaan keharmonian dalam sesuatu perkahwinan.

“Orang yang kahwin lebih tahu kot. Yang bahagia tu, alhamdulillah untuk mereka. Ada masalah, tak semestinya tak bahagia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here