“Netizen ni macam duduk serumah dengan Acap” – Abang Acap

Abang kepada peserta larian Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019, Mohamad Ashraf Hasan iaitu Mohd Zahiruddin kesal dengan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa misteri kehilangan pemuda itu ada kaitan dengan masalah rumah tangganya.

Malah abang kepada Acap itu menafikan bahawa adiknya itu ada masalah dengan isterinya yang dikenali sebagai Hamiza.

Ini komen abang Acap:

“Tak adalah. Mereka ok sahaja. Tak ada masalah keluarga pun. Saya nampak mereka bahagia. Netizen ni pandai-pandai je. Mereka kata begitu seolah-olah mereka duduk serumah dengan Ashraf”

Sejak kehilangan Acap ketika di larian itu, netizen mula tertanya-tanya tentang status pemuda itu dan isterinya kerana Hamiza jarang dilihat bersama keluarga suaminya sepanjang misi mencari dan menyelamat (SAR).

Situasi itu sekaligus menyebabkan timbul spekulasi bahawa rumah tangga mereka sedang bergolak sehingga mendorong kepada misteri kehilangan Acap.

Namun begitu, Mohd Zahiruddin memberitahu isteri Acap ada menyertai pencarian suaminya tetapi perlu pulang ke Kuala Lumpur untuk menjaga anak mereka yang masih kecil.

Ini komen abang Acap lagi:

“Dia ada pergi tapi tak adalah terlalu jauh ke dalam hutan sebab dia ada anak kecil lagi.

“Kalau saya jadi dia pun better saya jaga anaklah kan. Lagipun anak mereka masih kecil, baru berusia setahun setengah”

Malah terdapat spekulasi yang mendakwa Hamiza sedang sarat mengandung. Namun perkara itu dinafikan salah seorang ahli keluarga Acap yang enggan identitinya didedahkan.

“Tak mengandung tapi mereka ada seorang anak yang masih kecil”

Dalam pada itu, Mohd Zahiruddin tetap yakin adiknya itu akan kembali bersama keluarga di Muar, Johor.

“Naluri saya kuat mengatakan kami akan jumpa balik dengan dia. Dia akan pulang ke pangkuan keluarga. Cuma saya tak tahu bila ia akan berlaku tapi saya pasti dia akan balik”

Diminta mengulas mengenai dakwaan pemuda yang pernah hilang di Bukit Broga, dua tahun lalu, Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman yang mendakwa tidak merasai kehadiran Acap di Gopeng, Mohd Zahiruddin berkata setiap individu berhak untuk menyuarakan pandangan masing-masing.

“Itu pandangan dia… apa yang dia rasa, apa yang dia nampak. Jadi dia ada hak nak mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Cuma kita nak sahkan pandangan dia sebagai satu info yang kukuh agak susah kerana kita pun tak nampak. Kita nak buat andaian pun sukar kerana kita sendiri tak tahu apa sebenarnya yang berlaku”

Sehingga kini hari ini genap 20 hari kehilangan Acap dan ia terus menjadi tanda tanya orang ramai.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here