Netizen Kecam Che Hafiz Tak Hirau Jeritan Anak

Siapa yang tak tahu tentang kontroversi yang melibatkan pelakon Lufya Omar dan juga suaminya Dr. Che Muhammad Hafiz bukan?

Semalam kecoh di media sosial apabila dikatakan suaminya Che Hafiz enggan menceraikan isterinya. Padahal sebelum ini dia dikatakan telah pun melafazkan talak menerusi aplikasi WhatApps.

Kemelut yang melanda pasangan ini semestinya telah menjadi bualan hangat para netizen di media sosial.

Namun, apa yang menjadi perhatian ramai tentang kes ini adalah dengan satu video yang dikongsikan oleh mStar Online menunjukan anak mereka iaitu Lanaa Haura memanggil ayahnya.

Melalui video tersebut, anak perempuan mereka mejerit memanggil ayahnya dengan panggilan daddy namun Che Hafiz sama sekali tidak menghiraukan teriakan anaknya itu sehingga terpaksa ditarik oleh isterinya, Lufya.

Suami kepada Lufya Omar, Che Hafiz juga telah memasang bodyguard semasa hadir ke mahkamah. Untuk rekod, pasangan ini telah diperintahkan untuk melantik ahli jawatankuasa pendamai (JKP) berkaitan isu kemelut rumah tangga mereka berdua.

Ternyata rakaman video yang tular tersebut telah menyebabkan rasa sebak dikalangan netizen. Ada yang turut mengecam tindakan yang dilakukan oleh suami Lufya itu  sebagai seorang yang tidak berhati perut serta mementingkan diri sendiri.

Bukan itu sahaja ada netizen yang membandingkan dirinya dengan Aliff Aziz, walaupun banyak kontroversi melanda namun dia tetap memeluk dan mencium anaknya selepas keluar dari mahkamah.

Lufya dan Che Hafiz telah mendirikan rumah tangga pada tahun2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan comel bernama Laana Haura yang berusia dua tahu.

Semoga kemelut yang melanda pasangan ini dapat diselesaikan dengan baik. Mereka harus memikirkan dan mengutamakan anak mereka dalam segala segi supaya anaknya dapat membesar dengan persekitaran positif.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here