Netizen Heran Erra Tak Update Tentang Anak Di IG

Siapa yang tak kenal dengan bekas ratu cantik dan juga pelakon idaman Malaya Erra Fazira yang sampai sekarang masih cantik seperti dulu.

Rata-rata netizen telah meluahkan rasa hairan dengan Erra Fazira kerana dia sudah lama tidak memuat naik sebarang perkembangan tentang anaknya di media sosial Instagram miliknya.

Primado cantik ini telah pun berkongsi tentang perkembangan terbaru anak perempuannya iaitu Engku Aleesya baru-baru ini apabila ada peminat yang perihatin bertanya mengenai anaknya itu.

Menurut Erra lagi, ini adalah sebab kenapa dia jarang berkongsi tentang keadaan anaknya di media sosial itu:

 “Ramai yg DM.. tanya kenapa lama tak ada gamba Aleesya.. Entah laaahh..

“Skrg ni rajin post kat ig story pulak.. sedar2 dah lamaaaa tak update feed.

“Nahhhh.. kita lanje gamba anakanda .. Cepatnyaaaa dia membesar.. kasut pun dah size 38 skrg.

“Tahun depan dah nak sama size kasut mom dah. Hugs n kisses from both of us..,”

Menurut Erra lagi, dia sendiri pun tidak sedar bahawa sudah lama dia tidak memuat naik gambar anaknya itu.

Kata Erra lagi, Aleesya kini sudah cepat membesar malah saiz kasut anaknya itu juga sudah mencecah 38.

Disebabkan perkongsian gambar anaknya di laman sosial Instagram miliknya itu telah mendapat pelbagai pujian yang diberikan oleh warga net yang rata-rata telah memuji kecomelan dan kecantikan wajah anaknya.

Mereka rata-rata mengatakan bahwa muka Aleesya saling tidak tumpah cantik seperti ibunya.

Sebagai rekod, Erra Fazira sebelum ini pernah berkahwin dengan rumah pengarah, Yusry Abd Halim pada 15 Jun 2003 namun telah berpisah 26 April 2006 dan mereka tidak dikurniakan zuriat.

Primadona ini kemudian telah mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada Oktober 2007 serta mempunyai seorang anak perempuan bernama Engku Aleesya. Namun, jodoh mereka tidak panjang dan telah bercerai pada 17 Febuari 2014.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here