Nenek Sado Jadi Idola

Kejadian yang berlaku di Kanada ini menunjukan seorang wanita yang berstatus nenek telah berjaya menarik ramai pihak apabila digelar nenek ‘sado’.

Nenek ini menjadi idola dan tumpuan peminat sukan angkat berat di seluruh dunia dengan bisep 17 inci miliknya.

Wanita yang dikenali sebagai Robin Hillis berusia 48 tahun dari Ontario telah mendapat tubuh seperti itu tanpa mengira pengambilan kalori.

Malah dia turut mengambil makanan lima kali sehari serta telah berubah 360 darjah daripada seorang nenek yang pemalu kepada atlet yang menjadi inspirasi kepada ramai masyarakat.

Wanita yang berstatus nenek kepada tiga cucu itu juga menerima pelbagai reaksi positif terhadap bentuk fizikalnya yang hebat itu.

Ini komen yang diberikan oleh Robin Hills lagi tentang yang berlaku kepada dirinya:

“Mempunyai anak tidak menghalang golongan wanita untuk mendapat badan ‘sado’ seperti ini,”

“Saya terima pelbagai reaksi, namun kebanyakannya adalah positif. Saya jarang terima komen negatif di media sosial atau secara berhadapan.

“Tidak sukar untuk dapat tubuh seperti ini walaupun ia sebenarnya bergantung kepada profil hormon, metabolisme dan gaya hidup individu,” 

Katanya lagi dia mula minat dengan sukan bina badan ketika mula menyertai gim untuk mengekalkan kecergasan dan kesihatan tubuh badan.

Malah, wanita ini juga berkata dia masih berjaya mengekalkan bentuk tubuhnya serta berat 90.72 kilogram walaupun dia telah melahirkan dua anaknya Katey dan Courtney yang masing-masing berumur 23 dan 21 tahun.

Dengan hasil usaha kerasnya selama beberapa tahun itu akhirnya telah menimbulkan hasil pada 2014 dan dia kini dikatakan telah mula menyertai liga profesional di seluruh dunia bagi mengembangkan bakat yang ada.

Wahh!! Caya lah, walaupun dah bergelar nenek tapi masih semangat dan bertenaga dalam menerusikan minat dalam sukan ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here