Ramai dikalangan kita amat menyukai serta menyayagi haiwan berbulu yang manja iaitu kucing. Namun, siapa sangka disebalik kemanjaan kucing juga boleh membuatkan kita derita.
Dilaporkan bahawa seorang nenek yang berusia 65 tahun telah koma dan harus menjalani 8 pembedahan apabila tangan yang telah dicakar oleh kucing kesayangannya yang telah dijangkiti oleh kuman.
Berita daripada Dailymail itu melaporkan bahawa disebabkan daripada jangkitan kuman itu, wanita malang ini telah koma selama 5 hari serta berasa pening, tiada nafsu makan, kebingungan dan sakit otot.
Wagra emas yang dikenali sebagai Shirley Hair tidak sama sekali berangapan bahawa kucing Siam kesayangannya itu akan memyebabkan nyawanya hampir melayang.Jelasnya lagi, dia dengan pantas ke Southmed Hospital Bristol apabila mendapati luka pada bahagian tangan menjadi merah dan sudah merebak ke lengan.
Hasil daripada pemeriksaan, Shirley telah dijangkiti dengan pelbagai jangkitan iaitu, serangan septic, kegagalan organ badan, radang paru-paru dan Necrotizing Fasciitis (NF) iaitu sejenis penyakit pemakan daging yang boleh menyebabkan bahagian tisu badan menjadi rosak lebih teruk.
Disebabkan dengan insiden itu, pembedahan bagi membuang tisu badan yang rosak dijalankan sebelum Shirley diletakkan dalam keadaan koma.Warga emas ini telah koma selama 5 hari selain 6 minggu di wad serta perlu menjalani pelbagai jenis pembedahan.
Komen dari Shirley lagi tentang apa yang terjadi ketika sebelum dicakar oleh kucingnya itu:
Pada hari kejadian saya sedang berkebun, saya cuba nak angkat kucing tapi dicakar. Luka agak dalam tapi saya tak terfikir ianya serius sehinggalah saya jatuh sakit dan hilang selera makan.
Doktor ada bagi antibiotik tapi beberapa hari kemudian ianya menjadi lebih teruk. Tangan saya jadi merah dan bengkak. Sangat menakutkan. Disebabkan itu saya terus ke hospital.
Apabila selesa menjalani beberapa pembedahan, keadaannya kesihatannya bertambah serius serta dia turut diserang sakit jantung.
Doktor telah menyuruh dia mendapatkan rehat yang mencukupi dan hanya selepas lapan kali pembedahan selama dua bulan berada di hospital keadaan Shirley dikatakan semakin pulih.