Setelah lapan tahun mengacara rancangan Meletop bersama pelawak Nabil Ahmad, Neelofa telah membuat pengumuman bagi mengundur diri dari mengacarakan program itu.
Ini adalah kerana berikutan dia mempunyai rancangan lain dalam kerjaya seninya.
Ini luahan sayu yang disampaikan oleh Neelofa:
“Kita mula pada tahun 2012 dan ini tempat saya membesar. Dengan hati yang sangat berat, ini adalah bulan terakhir saya akan bersama dengan MeleTop.
“Thank you so much for everything. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya selama ini. MeleTop sebahagian daripada hidup saya,”
“Terima kasih kepada semua kerana sudi bersama MeleTop selama lapan tahun. Amat susah untuk saya lakukan ini kerana MeleTop telah memainkan peranan dalam kerjaya saya.
“Ia susah dan amat berat untuk saya tetapi saya perlu lepaskan sesuatu untuk dapatkan sesuatu yang lain,”
Pengacara dan juga usahawan Neelofa telah pun membuat pengumuman tentang pengunduran diri menerusi siaran langsung program MeleTop pada Selasa semalam.
Malah, menurut Neelofa lagi program Meletop telah memainkan peranan yang amat penting dalam kerjaya seni hiburan tanah air.
Di atas pengumuman tersebut, bermakna pelakon cantik ini akan mengacarakan program tersebut buat kali terakhir pada 31 Disember 2019 nanti.
Sejak dari mula diterbitkan pada tahun 2012, kemunculan Neelofa sebagai pengacara tetap di racangan MeleTop semestinya memberi impak yang besar malah imej yang ditonjolkan sepanjang minggu juga sering mendapat perhatian netizen.
MeleTop adalah sebuah program hiburan berkonsepkan infotainment yang menghimpunkan liputan berita eksklusif tentang dunia hiburan tempatan malah luar negara.
Program ini digandingkan oleh pasangan pengacara Nabil Ahmad dan Neelofa dan diterbitkan buat kali pertama pada 30 Oktober 2012 dan ia sudah pun bersiaran lebih 370 buah episod selama lapan musim berturut-turut sehingga ke hari ini.