Neelofa rasa pelik, patut Zahnita tegur secara peribadi

Neelofa memberitahu dia tidak menyimpan perasaan marah atau terasa hati dengan kenyataan Zahnita Wilson di laman Instagram model tersebut.

Selebriti berumur 30 tahun ini berkata, dia faham mesej yang cuba disampaikan namun mengharapkan lebih baik jika teguran itu diberikan kepadanya secara peribadi.

Ini komen Neelofa

“Bila saya lihat posting itu, saya tak rasa marah atau terasa hati pun dengan dia, cuma pelik saja.

“Saya faham mesej disebalik yang dia cuba sampaikan. Mungkin lebih manis kalau dia cakap terus kepada saya atau melalui team saya yang dia kenal.

“Saya anggap benda ini biasa dan perkara kecil sahaja sebab ramai yang buat cuma dia dikenali, benda ni jadi kecoh,”

Sebelum ini, Zahnita ada memuat naik paparan skrin daripada Instagram Neelofa dalam akaun peribadinya.

Paparan skrin yang memperlihatkan Neelofa dilantik sebagai wajah rasmi Swarovski itu membuatkan Zahnita, yang pernah jadi mentor kepada Neelofa ketika Dewi Remaja suatu ketika dulu memberikannya nasihat dan peringatan.

Zahnita mengingatkan pengacara yang popular dengan rancangan Meletop itu untuk berhenti berangan kerana ada beratus keluarga menderita di seberang gurun tempat penggambaran dijalankan.

Dalam pada itu, Neelofa berkata, Zahnita ada menghantar mesej peribadi di laman Instagramnya selepas perkara itu menjadi tular.

Ini komen Neelofa lagi:

“Sejujurnya saya tak mengikuti dia di Instagram tapi dia akan DM saya hantar beberapa video dan aktiviti yang dilakukan selepas isu ini dah kecoh.

“Saya ambil dari sudut positif dan ada mesej-mesej yang disampaikan itu ada pandangan yang betul,”

Neelofa berkata sedemikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa Neelofa X Chatime di Hotel Royale Chulan Damansara, Petaling Jaya pada Jumaat.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here