Neelofa didakwa punca keretakkan rumah tangga Sharnaaz dan Nabila.. Ini Reaksi Neelofa

Pernah dinobatkan sebagai artis paling popular, nama Neelofa memang tak lekang dengan pelbagai isu.

Yang terbaru, ada pula mulut jahat mengatakan bahawa Neelofa menjadi antara punca dan penyebab keretakan yang berlaku dalam rumah tangga Sharnaaz dan kakaknya iaitu Noor Nabila.

Pengacara Meletop ini telah tampil memberi respon balas tentang tuduan berkenaan. Baginya, Neelofa menyifatkan tuduhan kononnya dia ada kaitan dengan isu keretakan rumah tangga kakaknya itu sebagai satu perkara yang tak masuk akal.

Tak mahu mengulas lanjut tentang kemelut melanda perkahwinan kakaknya itu, Neelofa telah meminta orang rmaai dan netizen untuk mendoakan yang terbaik buat pasangan berkenaan.

Ini komen Neelofa tentang dakwaan berkenaan:

“Tidak masuk akal! Saya sayangkan kakak dan anak saudara saya. Saya harap masyarakat boleh mendoakan yang terbaik dalam apa juga situasi yang mereka sedang hadapi ketika ini,”

“(Saya) Harap orang ramai, rakan dan keluarga boleh menjadi penyokong terbaik buat mereka. Orang luar tak tahu apa yang mereka lalui,”

Neelofa berkata sedemikian ketika ditemui pada sidang media pengumuman senarai pencalonan top 5 Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME2019) yang diadakan pada Selasa.

Ada sesetengah netizen di laman sosial yang menyalahkan Neelofa dan keluarganya sebagai punca keretakan rumah tangga Nabila dan Sharnaaz.

Sebelum ini timbul desas-desus mengatakan rumah tangga pasangan itu sedang bergolak apabila Sharnaaz Ahmad telah memuat naik luahan hati di Instagram yang seolah-olah menggambarkan situasi perkahwinannya dengan Noor Nabila sedang dilanda badai.

Malah kedua-dua mereka sudah tidak lagi mengikuti laman sosial masing-masing serta kali terakhir memuat naik gambar bersama Disember tahun lepas.

Diimbas kembali, Sharnaaz Ahmad bernikah dengan Noor Nabila pada tarikh 31 Mac 2017. Hasil perkahwinan berkenaan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Jebat Jayden yang kini berusia lapan bulan.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here