Nazrief Nazri Tamatkan Zaman Bujang Dengan Model Hijab

Pelakon kacak yang baru melonjak naik menerusi drama popular Makmum Yang Paling Aku Cinta iaitu Nazrief Nazri telah selamt menjadi suami kepada seorang model.

Isterinya yang merupakan seorang model hijab yang dikenali sebagai Aizatul Aqma Hamdan.

Pelakon ini telah sah menjadi suami dengan hanya sekali lafaz sahaja. Menurut sumber, pasangan sama cantik sama padan ini telah dinikahkan di Seavoy House, Titiwangsa pada jam 6.10 petang semalam.

Merpati dua sejoli ini selamat diijab kabulkan oleh jurunikah Masjid Ibnu Sina, Titiwangsa iaitu Saiful Hamizi. Majlis pernikahan mereka berjalan lancar dan penuh meriah.

Pihak pengantin lelaki telah memberi mas kahwin berjumlah RM80 beserta tiga dulang hantaran serta wang hantaran sebanyak RM15000.

Manakala pihak perempuan pula telah membalas lima dulang hantaran kepada pihak lelaki.

Nazrief Nazri juga turut meluahkan rasa syukur tak terhingga kerana majlis yang dirancang olehnya itu berjalan dengan lancar dan meriah tanpa apa-apa masalah.

Ini luahan dari pihak pengantin lelaki selaku suami kepada model hijab Aizatul Aqma Hamdan:

Alhamdulillah, majlis pernikahan berjalan dengan lancar seperti direncanakan.

Lebih setahun mengenali hati budi, kami juga sepakat mengakhirinya dengan perkara yang wajib iaitu pernikahan seperti dituntut agama,

Menurut pelakon lelaki drama Cemburu Hati Perempuan ini lagi, dia sudah mengenali isterinya itu lebih dari setahun yang lalu.

Pasangan ini kemudianya sepakat menamatkan zaman bujang mereka dengan bernikah terlebih dahulu kerana jelasnya, ia adalah tuntutan agama.

Bagus sebenarnya pemikiran seperti ini dahulukan apa yang wajib dulu baru pikir tindakan yang selanjutnya.

Semoga perkahwinan Nazrief dan isterinya akan bahagia hingga ke Jannah dan juga semoga mereka berdua cepat dikurniakan rezeki cahaya mata pula selepas ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here