Natsha Hudson Sah Bercerai Buat Kali Ke Empat

Desas desus isu rumah tangga Natasha Hudson baru-baru ini terbukti apabila dia mengaku bahawa sudah bercerai dengan usahawan iaitu Noor Nashiq Sekarnor dengan talak satu.

Dia yang enggan memberitahu tentang punca cerainya berkata bahawa perkahwinan yang dibina sejak Disember tahun lalu semuanya dipenuhi dengan tipu serta tekanan mental.

Komen Natasha Husdon lagi :-

“Ya, saya sudah bercerai dengan talak satu dan sepanjang melalui perkahwinan ini dipenuhi dengan penipuan dan permainan mental.
“Jadi, saya tinggalkan dia. Ia memerlukan keberanian untuk saya lakukannya. Saya perlu menyelamatkan diri daripada kesengsaraan dan pengorbanan”.


“Mungkin saya jenis tak nak cerita semua kisah silam atau sedih mengenai perkahwinan saya secara umum tapi ini adalah pengalaman yang paling teruk,”

“Ini adalah titik permulaan baru untuk saya sayang diri sendiri yang sebelum ini tak pernah lakukan. Saya selalu gembirakan orang, sekarang saya ingin fokus pada diri dan pandang ke hadapan”.

“Saya tidak perlu orang yang lemah, saya bukan budak kecil dan saya juga manusia yang mempunyai hati. Saya perlukan pasangan yang boleh menjadi penyokong terbesar untuk saya capai impian.

“Pasangan itu juga perlu menyayangi dan menerima anak-anak saya dan dia juga perlu kuat dan berkuasa seperti saya yang tidak akan cipta drama dalam kehidupan,”

“Sekarang ini, saya nak gembira. Zaman kanak-kanak saya sudah dipenuhi dengan banyak parut luka tapi Allah sekali lagi menguji saya untuk jadi lebih kuat, bijak dan sedar setiap tindakan serta keputusan saya dalam hidup,”

Sebagai rekod, ini merupakan perkahwinan Natasha Hudson buat kali ke empat selepas bercerai dengan bekas suami ke tiganya, Carleed Khaza pada bulan Oktober 2018.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here