Natasha Hudson Sah Bercerai Dengan Carleed.. Ini Kenyataan Rasmi Natasha

Pelakon cantik jelita Natasha Hudson akui dirinya sudah bercerai dengan suaminya seperti yang diperkatakan ramai di laman sosial. Banyak spekulasi muncul susulan dari status yang dimuat naik Natasha Hudson di laman Instagram miliknya pada 25 September lalu .

Kata Natasha Hudson, dia dan penyanyi serta komposer Carleed Khaza atau Khalid Kamal sudah bercerai secara baik pada tahun ini.

“Saya sudah bergelar solo dan kami berpisah secara baik. Maaf, buat masa ini, saya tidak dapat mengulas lebih terperinci mengenai perpisahan kami. Saya harap semua pihak beri saya dan keluarga ruang untuk menyelesaikan perkara berkaitan terlebih dahulu”

“Saya berada dalam keadaan baik dan hidup perlu diteruskan bersama anak-anak seperti biasa. Saya percaya Allah SWT lebih mengetahui dan sebaik-baik perancang”

Buat masa ini Natasha Hudon sedang sibuk menjayakan misi kemanusiaan di Lombok, Indonesia. Misi kali ini dilakukan dengan kerjasama Global Peace Malaysia, Cinta Syria dan Amalhope.

“Selain bisnes, hidup dan kebahagiaan saya adalah dengan melakukan misi kemanusiaan dan kerja amal diredai Allah”

Pasagan selebriti, Natasha Hudson dan Carleed berkahwin pada April 2012 dan ia adalah perkahwinan kali ketiganya. sepanjang perkahwinan dengan Carleed, Natasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Naeema Kalila dan Faatimah.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Natasha Hudson memiliki seorang anak bernama Neesa Helena.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here