“Nampak hubby awak dengan betina lain” – Netizen dakwa suami Amyza Aznan dengan wanita lain

Amyza Aznan tealh muatnaik satu foto tentang aduan dari seorang netizen kepadanya tentang suaminya.

Pelakon ini telah membuat satu pendedahan, DM (direct message) yang dihantar oleh seorang individu mendakwa suaminya iaitu Khairil Idzhar Md Nazir telah keluar dengan seorang wanita lain.

Dari pesanan berkenaan, individu itu mendakwa ibunya yang pernah bekerja sebagai jurujual minyak wangi memberitahu pernah ternampak suami Amyza dengan wanita lain.

Ini sekaligus telah menimbulkan tanda tanya di kalangan para pengikutnya tentang apa yang berlaku dalam rumah tangga Amyza Aznan.

“Haritu mak saya ada cakap masa mak saya kerja perfume (jurujual minyak wangi) mak saya nampak hubby awak dengan wanita lain,”

Namun reaksi Amyza kali ini dilihat amatlah tenang dan dipuji ramai. Tak mudah melatah dengan mesej berkenaan, Amyza Aznan telah menyindir wanita berkenaan kerana cuba menyondol suaminya.

Ini komen Amyza Azna di laman IG:

“love you b… forever
Alaaaaaa kumbang bukan seko.
Hahahaaa
Eh …tu kumbang lantak la.
Beli kan perfume je pon,sebab pompuan tu BUSUKS!
biasa la binatang yg kuat menyondol ninkan BUSUK.
Alahhh anggap je la husband i SEDEKAH kat dia.

Ini pesanan berkenaan dan juga respon dari Amyza Aznan:

Malah pada catatan gambar itu, pelakon berumur 43 tahun ini memberitahu dia tetap mencintai suaminya walaupun ada yang cuba merosakkan keharmonian rumah tangga mereka.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu, Amyza berkata, ia adalah kisah lama yang berlaku sekitar tahun 1990-an yang diceritakan kembali oleh ibu individu itu.

Ini jelas Amyza lagi:

“Ala tahun 90-an mana ada video. Kisahnya mak dia throwback kat anak-anak pula. Kesian si tukang sondol tu, nanti anak-anak dia tau pula sejarah mak dia pernah menyondol suami orang.

“Nasib baik 90-an tu tidak secanggih sekarang, kalau tak si tukang sondol tu tujuh keturunan tak habis malu,”

Amyza Aznan dan Khairil telah disatu kan pada tahun 2004 dan mereka berdua mempunyai tiga orang cahaya mata.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here