Nampak “hantu bayi” Tidur Bersama Anak

Setiap wanita yang sudah bergelar ibu dan mempunyai anak sendiri semestinya mempunyai naluri keibuan yang sangat kuat seolah-olah dapat merasa sesuatu jika berlaku sesuatu yang tidak diingini terhadap anaknya.

Terbaru apabila seorang ibu telah menceritakan pengamalan seramnya apabila dia mendakwa telah ternampak “hantu baby” di atas katil bersama dengan anaknya semasa tidur.

Wanita yang dikenali sebagai Maritza Elizabeth memberitahu bahawa dia amat terkejut apabila ternampak hantu tidur bersama anak lelakinya ketika melihat monitor yang menyiarkan video dalam bilik bayinya itu.

Disebabkan ternampak kelibat hantu tersebut, wanita berumur 32 tahun ini mengalami ganguan tidur. Namun dia dengan rasa penuh curiga telah bertindak berani dengan masuk ke dalam bilik anaknya itu.

Setelah dia melihat dan menyiasat kelibat hantu bayi itu dia telah mendapati bahawa ia sebenarnya adalah gambar seorang bayi di atas tilam anak lelakinya itu.

Dari kisah seram telah bertukar kepada kisah lucu apabila dia tidak sengaja mengangap gambar bayi di atas tilam itu sebagai hantu.

Maritza yang juga merupakan suri rumah kemudian telah berkongsi ceritanya di laman sosial Facebook. Posting itu kemudian tular di laman sosial.

Jelas Maritza lagi tentang insiden melucukan itu :

“Malam tadi saya betul-betul nampak hantu bayi bersama anak lelaki saya di katil. Saya memang terkejut sampai tak boleh tidur”.

“Pagi ini saya pergi siasat. Rupa-rupanya suami lupa nak pasang pelindung tilam masa dia tukar cadar. Saya akan ‘bunuh’ dia,”

Fuhhh! Ingatkan ada hantu betul disamping bayi itu rupanya ia hanyalah sekeping gambar yang berada di atas tilam anaknya itu.

Memang luruh juga jantung bila tengok dalam monitor ada “bayi” lain tidur bersama dengan anak kita.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here