“Nak tembak saya, tembak sampai mati” – Altimet kena ugut.. Apa Kes?

Penyanyi rapper popular, Altimet membuat pendedahan bahawa dia telah menerima ugutan daripada seorang netizen di laman Instagram yang ingin menembak dirinya sekiranya dia tidak menutup mulut.

Altimet bagaimanapun tidak gentar dengan ugutan itu malah mencabar individu itu berbuat demikian sekiranya takdir Tuhan sudah tertulis dia mati kerana ditembak.

Ini kata ugutan berkenaan:

“Ini JB bro… Jaga-jaga bro… Tutup mulut kalau tak nak kena tembak bro,” tulis individu tersebut menerusi ruang komen di Instagram Altimet pada Ahad.

Ini pula respon dari Altimet:

“Kalau Tuhan kata aku mati kena tembak, aku tutup mulut ke, aku lari sampai bulan ke, kena tembak juga. Nak tembak saya, betul-betul jalankan perintah Tuhan, tembak sampai mati, kalau tak mati tu yang susah tu. Ye tak? Peace and love”

Altimet berkata demikian ketika membalas komen individu menggunakan akaun menggunakan nama @jebat_garang yang meninggalkan komen ugutan di gambarnya ketika penyanyi itu berada di Johor Bharu baru-baru ini.

Bagaimanapun, individu itu membalas semula komen mengatakan ia hanyalah sekadar lagu dan mempersoalkan mengapa penyanyi lagu Bunga itu mengambil perkara tersebut secara serius.

Rata-rata pengikut di laman sosialnya mengatakan bahawa individu itu hanya berani menulsi berkenaan kerana menggunakan akaun palsu.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here