“Nak taip tu, fikir dulu” – Suhaimi Saad buat report polis

Bekas ahli kumpulan nasyid Inteam iaitu Suhaimi Saad akhirnya telah membuat laporan polis semalam.

Ini setelah Suhaimi Saad menerima satu ugutan yang mengancam nyawanya di laamn FB oleh seorang individu.

Sebelum itu, Suhaimi telah memuatnaik foto profil FB individu berkenaan yang telah mengugutnya dan meminta lelaki berkenaan untuk memohon maaf di atas ugutan berkenaan.

Akan tetapi oleh kerana tiada respon dari lelaki berkenaan, akhirnya Suhaimi Saad yang lebih mesra memanggil dirinya ‘ss’ telah membuat laporan polis.

Suhaimi Saad mengatakan kerana penulisan lelaki itu, dia membuat laporan polis dan berjumpa inspektor untuk memberi keterangan lanjut.

Dalam satu post di FB, ss juga mengatakan pihak polis telah pun berjaya mengesan nombor telefon suspek yang mengugut Suhaimi Saad

Ini tulisnya:

“Nak taip tu,fikir dulu.
Jangan ikut nafsu.
Jangan menyesal kemudian hari.”

Ini komen Suhaimi Saad lagi:

“SS nak pesan pada netizen semua, sebenarnya ss tak kisah pun, ss pun kadanga-kadanga membawang juga, tak ada masalah semua orang boleh menulis dan bagi pendangan tetapi janganlah keterlaluan sehingga tanap sedar kerana ikut emosi kita telahpun buat satu jenayah. Jadi berhati-hati.

“Sama-sama doakan agar siasatan ini berjalan dengan baik dan apa yang berlaku jadi pengajaran buat semua. Bersederhanalah.

Itulah komen Suhaimi Saad tentang kes berkenaan yang kini sedang disiasat oleh pihak polis.

Sumber: FB Mosus

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here