Nak saman Haniff Hamzah penyampai radio Era FM, ini pendedahan hal sebenar dari PU Abu Sufyan

Kecoh juga apabila ada tersebar mengatakan PU Abu nak saman seorang penyampai radio popular iaitu Haniff Hamzah dari radio Era FM.

Setelah beberapa hari mendiamkan diri, ada satu akaun nama PU Abu di laman Twitter. Akaun Twitter bernama PU Abu itu telah membalas kenyataan penyampai radio, Haniff Hamzah untuk mendakwanya di mahkamah.

“See you in court” tulis akaun twitter berkenaan.

Sebelum ini Haniff pernah menyelar tindakan Abu yang menceraikan isterinya ketika sarat hamil dan mengahwini seorang janda.

Haniff yang juga penyampai radio Era di waktu pagi bersama Ray dan juga Johan, telah meluahkan rasa bengang terhadap tindakan Abu dan melabel PU Abu sebagai seorang yang bodoh. Bagaimanapun Abu pula ketika diterjah ditanyakan mengenai kontroversi itu tak nak memberikan komen lanjut.

Walau tak berikan respon yang panjang, namun jawapan balas PU Abu di Twitter yang nak saman itu telah mengundang kemarahan orang ramai. Rata-rata memerli Abu mengahwini wanita kaya sehingga terus mahu menyaman orang.

RESPON BALAS DARI PU ABU / KISAH SEBENAR

Apabila hal saman menyaman ini viral, akhirnya PU Abu atau nama sebenarnya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi tampil memberi kenyataan sebenar.

Pu Abu telah menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang akaun laman sosial selain Instagram.

“Saya tiada apa-apa akaun media sosial melainkan Instagram sahaja. Harap maklum. Berpada-padalah dalam menjatuhkan hukum ke atas orang,”

Itulah kata dari PU Abu. Makna nya isu saman menyaman di laman Twitter itu dalah sari fake akaun sahaja.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here