Penyanyi hebat, Allahyarham Saleem meninggal dunia pada 14 Oktober 2018 selepas sebulan terlantar akibat kemalangan jalan raya.
Julia Bachok, isteri kepada Allahyarham Saleem memberitahu ada satu showcase akan dibuat sempena mengingati arwah Saleem.
Satu sidang media Showcase Supernova Kesinambungan Seni Lagendary ‘S’ remembering Saleem telah dibuat bertempat di House Bar, G Tower, Kuala Lumpur.
HUBUNGAN DENGAN SYAFIQ FARHAIN
Dalam pada itu, Julia memberitahu dia tak ada sebarang masalah dengan anak tirinya, Syafiq Farhain.
Kata Julia, kemelut yang melanda mereka sebelum ini berpunca daripada syarikat rakaman yang mengambil kesempatan mempromosikan Syafiq dengan menggunakan nama suaminya itu tanpa sebarang bayaran.
Ini komen Jula Bachok:
“Saya tak pernah lupakan dia. Malah untuk showcase Saleem kali ini kita juga ada menjemput dia untuk bersama-sama membuat persembahan. Tak salah pun nak panggil dia kalau dia nak, saya akan bayar.
“Sebetulnya isu sebelum ini, saya bukan marahkan dia. Saya marahkan syarikat. Sekalipun mereka nak guna nama arwah izinkan tapi mereka perlu bayar. Saya pun perlukan duit nak hidup.
“Lagipun saya fikir mungkin Syafiq masih muda… kami bukan bergaduh pun dan kami boleh bergambar bersama”
JANGAN BUAT DUIT GUNA NAMA ARWAH
Dalam pada itu, Julia turut memberi amaran kepada mana-mana pihak yang sewenang-wenangnya membuat duit menggunakan nama arwah suaminya.
“Jangan nak buat duit atas nama arwah dan lagu-lagu dia. Mereka perlu berbincang dengan saya terlebih dahulu. Saya tak nak orang lain ambil keuntungan tanpa pengetahuan saya sebab arwah masih ada anak yang memerlukan dana untuk belajar.
“Saya bukan tak kasi mereka menyanyikan lagu arwah tetapi harus meminta izin daripada saya terlebih dahulu.
“Mana-mana individu yang masih berdegil, mereka akan berdepan tindakan undang-undang dan saya juga sudah ada peguam sendiri,”
ADA SYARIKAT AMBIL KESEMPATAN
Selain itu, Julia turut mendedahkan sebuah syarikat rakaman tempatan pernah mengambil kesempatan mengaut keuntungan tanpa pengetahuannya apabila melancarkan beberapa single seminggu selepas kematian Saleem.
“Sebelum ini ada individu yang pernah kantoi dengan saya sebab keluarkan cd arwah seminggu selepas pemergiannya.
“Saya telah ke syarikat berkenaan dan individu terbabit sudah memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Sudah hampir 30 tahun saya dalam industri dan saya tahu selok-beloknya. Mereka cuma perlu minta izin saya sahaja,”
TENTANG SHOWCASE
Bekrta dengan lebih lanjut tentang Showcase Supernova Kesinambungan Seni Lagendary ‘S’ remembering Saleem, Julia berkata ia merupakan impian arwah Saleem dan bakal direalisasikan selepas raya nanti.
Dalam perancangan, showcase ini akan berlangsung bermula dari Terengganu, Pahang, Pulau Pinang, Johor dan beberapa negara termasuk Indonesia, Sabah dan Sarawak.
Showcase Supernova Kesinambungan Seni Lagendary ‘S’ remembering Saleem bakal menampilkan 15 artis termasuk Amirul Saleem, Irwan Ahmad (Mentor Otai) dengan kompilasi 24 lagu selama dua jam.
Sumber: mStar