‘Nak Jual Apa? Muka Tak Handsome Dengan Perut Buncit’

0
2883

Roy memberitahu bahawa dia amat komited dan kembali aktif dalam bidang nyanyian. Dia yang juga merupakan peserta daripada Gegar Vaganza musim keenam (GV6) yang tersingkir minggu lalu.

Dia yang turut berkata bahawa dia sedar dirinya tidak langsung mempunyai pakej lengkap yang boleh dijual dalam industry hiburan kini.

Ini komen dari Roy lagi:

“Saya sangat komited untuk aktif tetapi tiada peluang. Keadaan sekarang sudah lain, mereka mahukan pakej. Mereka mahukan paras rupa, vokal hanya nombor dua.

“Bukan nak merendah diri tak tentu fasal tetapi itulah realitinya.

“Orang macam saya yang tak handsome, perut buncit begini, tiada hit songs. Saya apa yang ada? Lagu patriotik? Nak jual dengan apa?”

“Selepas ini saya akan kembali semula jadi busker. Kalau rezeki saya di tepi jalan pun, tepi jalanlah.

“Kalau orang minta saya nyanyi 50 lagu satu hari pun saya okey saja.

“Saya tak kisah kerana memang niat keluar GV untuk sambung buat busking,” 

“Saya sudah menjangkakannya sebab lagu saya bukan lagu konsert tapi lagu lounge.

“Malah lagu ini tiada cabaran. Sepatutnya saya perlu tampilkan kelainan dengan menyanyi lebih bagus dan lari dari bayang Jamal Abdillah. 


“Lagipun keadaan kesihatan saya juga tidak begitu baik pada minggu ini kerana mengalami sakit tekak. Suara hampir terkoyak kerana bengkak di dalam. Jadi saya banyak berjaga-jaga takut suara pecah kalau buat lebih-lebih,

Ketika ditemu bual  mengenai perancangannya selepas tersingkir dari program realiti nyanyian itu,dia berkata  akan kembali membuat persembahan jalanan  atau lebih dikenali sebagai busking.

Menurut Roy lagi dia sudah mengagak bahawa hanya mampu bertahan sehingga minggu kelapan sahaja.

Apa-apa pun semoga Roy akan murah rezeki walau apa jua bidang yang diceburi olehnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here