Najib Razak Sindir Bajet 2019 Pihak Pakatan Harapan.. Terutama Melibatkan PTPTN, TOL dan HARGA MINYAK

Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato Seri Najib Razak telah menyindir beberapa intipati perbentangan Bajet 2019 dari pihak kerajaan Pakatan Harapan.

DS Najib Razak dilihat mempertikai beberapa bajet yang di bentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia iaitu Lim Guan Eng.

Tentang pembayaran PTPTN, DS Najib Razak melihat pembentangan dari Pakatan Harapan sebagai pelik dan melabel sebagai cadangan yang tak logik dengan realitinya kerana mana ada gaji yang RM1000.

Ini antara komen Najib Razak:

STATUS PERTAMA:
Dari #bajet2019.
“Kerajaan akan mengapungkan semula harga petrol RON95 di pasaran berdasarkan Automatic Price Mechanism (APM).”
Apa terjadi kepada “hari ini kita menang, esok harga petrol akan turun”?
RM1.50 satu liter sudah ke mana?

STATUS KEDUA:
Gaji RM1,000 ke atas akan dipotong secara automatik untuk bayaran balik PTPTN.
Nampaknya janji untuk mansuh PTPTN dan mengecualikan pinjaman yang bergaji kurang daripada RM4,000 sebulan dari membayar tidak menjadi.
Gaji minima sudah RM1,100. Maksudnya, tiada seorang pun akan dikecualikan.

STATUS KETIGA:
Apa yang diumum oleh Menteri Kewangan tadi hanyalah ceramah politik. Tiada manfaat baru untuk bantu rakyat.

STATUS KEEMPAT:
Seingat saya, Kerajaan BN memperuntukkan 21 peratus daripada jumlah Bajet untuk sektor pendidikan dan pengajian tinggi bawah Bajet 2018.
Nampaknya tahun depan hanya 19 peratus.
Walaupun Menterinya berminat kasut dan stokin, sepatutnya penekanan diberikan dalam sektor pendidikan.

Ini video komen dari FB Najib Razak:

Apa yang diumum oleh Menteri Kewangan tadi hanyalah ceramah politik. Tiada manfaat baru untuk bantu rakyat.

Posted by Najib Razak on Friday, 2 November 2018

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here