Beruntung bagi sesiapa yang telah mendapat jemputan dari rumah Allah ini sudah pasti ia merupakan khabar yang amat gembira.
Melakukan ibadah umrah merupakan pengalaman yang amat dinanti-nantikan khususnya bagi umat islam.
Sudah semestinya jemaah umrah sudah menyiapkan diri dengan persiapan yang sepatutnya.
Umrah adalah mengunjungi Baitullah di Makah serta melakukan ihram, tawaf, sa’i dan bertahallul mengikut tertib.
Namun siapa sangka disebalik perasaan gembira dan teruja untuk melakukan umrah telah berlakunya tragedy yang tidak di ingini.
Media telah melaporkan bahawa lebih kurang 35 jemaah umrah telah maut dan empat orang cedera dalam kemalangan jalan raya di Arab Saudi.
Kejadian ini dikatakan apabila sebuah bas yang disewa telah mengalami pelanggaran dengan jentera angkut semalam.
Mengikut laporan daripada Saudi Press Agency, pihak polis telah memberitahu bahawa insiden itu berlaku di Hajra lebih kurang 170km dari Mahdinah dan dekat dengan kampung al-Akhal.
Kemalangan jalan raya itu berlaku sekitar jam 7 malam ( waktu Malaysia) telah mengorbankan penumpang warga Arab dan juga Asia.
Jika sebelum ini, media Arab Saudi telah melaporkan bahawa lebih kurang 35 orang telah meninggal dunia dalam insiden kemalangan maut itu.
Menurut pihak berkuasa tempatan serta perkhidmatan kecemasan itu, pihaknya sudah mengesa bantuan ke lokasi kejadian itu.
Bagaimanapun, insiden kemalangan maut yang meragut nyawa seramai 36 orang itu dikatakan masih lagi sedang dijalankan bagi mencari punca kemalangan.
Sama-sama kita mendoakan agar tetamu Allah ini tenang di alam sana. Semoga mereka yang terkorban akan mendapat syafaat yang baik oleh Allah SWT.
Semoga kesemua para Jemaah ditempatkan bersama dengan golongan orang- orang yang beriman.