Nadia Brian Sah Begelar Isteri

Nadia Brian yang juga merupakan seorang pelakon telah pun menamatkan zaman bujangnya dan sudah sah bergelar isteri kepada suaminya iaitu Muizz Nasruddin.

Pasangan ini telah diijabkabulkan dengan sekali lafaz di majlis akad nikah yang berlaku pada jam 12.03 tengah hari tadi.

Pelakon ini yang ditemui merasa amat bersyukur dengan kelancaran majlis pernikahan mereka berdua.

Komen Nadia lagi tentang majlis pernikahan mereka yang berjalan dengan lancer:

“Alhamdulillah. Semuanya berjalan seperti yang dirancang. Terima kasih kepada semua yang hadir,”

Pasangan sama cantik sama padan ini telah diijabkabulkan oleh jurunikah yang juga Imam Masjid al-Ikhlas Shah Alam, Muhammad Shahar Abidin beserta mas kahwin RM1,000.

Nadia Brian telah menerima tujuh dulang hantaran termasuk wang hantaran RM50,000 dari pihak keluarga lelaki dan dibalas dengan sembilan dulang daripada pihaknya sendiri.

Majlis akad nikah yang diadakan di Magica Hall, Seksyen U5, Shah Alam itu turut dihadari oleh kedua-dua belah pihak keluarga serta raka-rakan mereka berdua.

Ternyata majlis akad nikah itu telah berlangsung dengan penuh gilang gemilang dengan persembahan pencak silat serta tarian tradisi serta juga  sesi berpantun di antara ibu bapa kedua-dua pengantin.

Antara tetamu istimewa yang turut hadir adalah Ahli Parlimen Rembau iaitu bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang lebih dikenali sebagai KJ.

Sebagai rekod, Muizz dan Nadia Brian telah bertunang pada 4 Mei 2019 sejurus dilamar oleh kekasih hati pada bulan Febuari di Paris yang berlatar belakangkan Menara Eiffel dengan penuh suasana romantis.

Tahniah diucapkan buat pasangan pengantin baharu ini. Semoga perkahwinan mereka berdua kekal hingga ke Jannah. Tak sabar pula rasanya mahu melihat kehadiran cahaya mata oleh pasangan romantis ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here