Nabil Tegur Neelofa Perli Sharnaaz Masa LIVE Meletop

Rata-rata semua peminat Neelofa dan juga Sharnaaz Ahmad dah pun tahu akan kemelut masalah rumah tangga Noor Nabila iaitu kakak kepada seleberiti ini.

Neelofa merupakan adik ipar kepada Sharnaaz Ahmad dan acap kali kita dengar bahawa Lofa sering kali memuat naik status seakan memerli tindakan yang dilakukan Sharnaaz terhadap kakaknya.

Sampai sekarang masalah di antara pasangan Noor Nabila dan Sharnaaz masih lagi menemui jalan buntu apabila dia telah memfailkan permohonan nusuz terhadap Nabila seterusnya memanjangkan lagi proses penceraian mereka.

Semua mata tertumpu dengan tindakan dan tutur kata daripada Neelofa yang dikatakan sering membagi sokongan moral terhadap kakaknya ekoran dengan apa yang terjadi dalam kehidupan rumahtangga kakaknya itu.

Baru-baru ini di rancangan LIVE Meletop dikatakan bahawa Neelofa telah melakukan gesture yang seakan-akan sedang memerli abang iparnya itu.

Dia dilihat sedang menyindir Sharnaaz semasa segmen Gosip Meletop yang kebetulan ia adalah tentang drama lakonan Nelydia Senrose bersama Sharnaaz yang telah tular.

Ramai para netizen yang menonton rancangan MeleTop, semasa Neelofa telah menyatakan komen terhadap gosip tersebut dalam nada peril serta sindiran sehingga ditegur oleh Nabil Ahmad. Nabil juga turut berkata “jangan benci sangat” dan dengan serentak Neelofa menjawab “obvious eh”.

Kebanyakan daripada warga net telah beranggapan bahawa tindakan artis tersebut secara live adalah sama sekali tidak profesional kerana ia ditonton oleh pelbagai lapisan umur secara langsung.

Sebagai rekod, Neelofa sebelum ini ada memuat naik pelbagai kenyataan di laman media sosial miliknya,dan telah menyindir Sharnaaz dan mendakwa  sebagai seorang yang kuat berdrama.

Adik Nabila ini juga ada mengatakan bahawa dia jarang menyatakanapa yang terbuku di dalam hatinya. Neelofa berkata dia amat terkesan dengan apa yang terjadi kepada kakaknya iaitu Noor Nabila.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here