Mya Ruslee terpaksa bercinta jarak jauh .. Inilah wajah kekasih hatinya

Walaupun jarak yang agak jauh telah memisahkan, namun ianya bukanlah satu penghalang dalam percintaan mereka.

Bekas peserta Gegar Vaganza, Mya Ruslee kini telah berjauhan dengan kekasih hati apabila Mya kini berhijrah ke Johor untuk meneruskan kerjaya sebagai penyampai radio Best FM di Johor Bahru.

Mya akan memulakan tugas secara rasmi untuk segmen Best Pagi bersama penyampai Zairi.

Mereka berdua cukup matang dalam hubungan dan tidak seperti kebanyakan pasangan lain yang perlu banyak masa untuk keluar bersama. Pasangan ini faham akan tuntutan tugas masing-masing.

Ini komen Mya Ruslee tentang hubungannya dengan kekasih:

“Jarak yang jauh tidak menjadi punca untuk menjauhkan sesebuah hubungan. Kami tidak ada masalah bercinta jarak jauh.

“Zaman sekarang ini lebih mudah dengan ada teknologi yang canggih. Bila-bila masa sahaja boleh hubungi jika rindu,”

Mya sebelum ini telah mendedahkan hubungannya dengan seorang lelaki muda yang mula dikenali sejak satu tahun lalu. Tatkala ditanya tentang perancangan untuk kefasa seterusnya dan bernikah, kata penyanyi lagu Matahari ini, dia mahu fokus terlebih dulu dengan kerjaya barunya itu di konti radio.

Ini jelasnya lagi:

“Belum masanya untuk saya fikirkan soal kahwin dalam masa terdekat. Kerjaya bersama Best FM baru sahaja bermula. Biarlah saya fokus dahulu di sini.

“Jika sudah tiba masanya nanti, saya akan kongsikan kepada semua. Doakan yang terbaik buat saya,”

Mya sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada 2009 sebelum berpisah pada Ogos 2015.

Kini Mya sedang menjalin hubungan dengan jejaka yang lebih muda darinya bernama Haziq.

Dikatakan Haziq merupakan seorang atlet seni mempertahankan diri campuran (MMA) dan juga merupakan seorang juru dandan rambut profesional.

Sumber: MHE TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here