Muzik Video Anta Permana Siti Nurhaliza “Tak Best”.. Ramai Salahkan Penari

Dato Seri Siti Nurhaliza, satu nama yang cukup besar dalam industri seni hiburan tanah air. Boleh dikatakan, Siti Nurhaliza antara penyanyi terhebat pernah wujud di zamannya.

Suaranya yang lunak merdu selalu membuatkan para pendengar sejuk hati mendengarnya dan terpesona dengan lagu-lagunya. Malah banyak lagu Siti Nurhaliza yang meletup-letup termasuk pernah menjuarai pertandingan Anugerah Juara Lagu.

Kali ini, Siti Nurhaliza telah tampil dengan lagu terbarunya ciptaan Hael Husaini iaitu Anta Pemana. Lagu ini memang amat klasik dan unik serta mula mendapat perhatian. Malah muzik video nya turut ditunggu-tunggu.

Tetapi MV lagu terbaru, Anta Permana seakan mendapat kritikan dari netizen yang berpendapat video klip itu kurang menarik dan tak best serta langusng tak menyengat. Ramai juga yang mengecam MV Anta Permana ini. Apa Kes pula ni?

Muzik video ini dilancarkan pada 4 Oktober lalu menerusi saluran akaun DatoSNurhalizaVevo dan telah mendapat lebih kurang setengah juta tontonan di laman Youtube. Turut mendapat 2banyak like berbanding dislike.

Ramai yang memuji muzik lagu Anta Permana ini dan seiring dengan suara lunak Dato Seri Siti Nurhaliza.

Namun, ada juga segelintir netizen kurang gemar dengan hasil video klip ini. Mereka meluahkan pendapat bahawa kewujudan penari-penari itu tidak sesuai untuk diletakkan dalam visual itu.

Lihat komen dari netizen yang kurang suka dengan muzik video lagu ini

Sumber: OhBUlan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here