Murid Ambil UPSR Maut Disengat Tebuan.. Sedihnya

Seorang pelajar darjah enam Sekolah Kebangsaan Sawah Dato, Mersing Johor disahkan meninggal dunia semalam. Pelajar berkenaan hanya sempat menduduki peperiksaan UPSR pada hari pertama sebelum maut disengat tebuan petang semalam ketika bermain bersama rakannya.

Nasib malang menimpa mangsa Mohd Faiz Hatim Zaidi, 12 tahun, apbila terlibat dalam satu kejadian serangan tebuan yang berlaku kira-kira 5.15 petang itu menyebabkan mangsa meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Daerah Mersing.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing mengesahkan kejadian dan berkata, insiden berlaku di Kampung Tanjung Genting apabila mangsa bersama empat rakannya cuba mendapatkan buah kelapa tetapi terkena sarang tebuan.

“Dipercayai kumpulan kanak-kanak lelaki tersebut telah membaling pokok kelapa untuk mendapatkan buahnya. Namun kayu yang di buat balingan telah terkena sarang tebuan yang berada berdekatan pokok kelapa tersebut.

“Akibatnya serangga tebuan tersebut telah menyerang kumpulan kanak-kanak berkenaan. Kesemua mangsa telah melarikan diri dan dua daripada mangsa dihantar ke Hospital Daerah Mersing untuk rawatan oleh ahli keluarga”

Tambahnya, susulan itu seorang kanak-kanak darjah enam bernama Mohd Faiz telah disahkan meninggal dunia, seorang lagi sedang menerima rawatan di hospital manakala tiga yang lain selamat.

Takziah buat keluarga mangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here