“Muka Handsome Tak Bawa Ke Mana” – Ain Edruce Rancang Kahwin Hujung Tahun

Pelakon dan pengacara, Ain Edruce kini sedang merancang untuk mengikat tali pertunangan dengan jejaka pujaan hatinya pada bulan Jun dan mungkin akan melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya sekitar hujung tahun ini. Itulah perancangan awalnya.

Ianya telah dinyatakan oleh selebriti berumur 27 tahun ini selepas selamat melangsungkan majlis merisik pada hari Jumaat yang lalu.

Sebenarnya, ramai ingat bahawa Ain Edruce bertunang pada majlis itu tetapi sebenarnya hanyalah majlis merisik sahaja.

Ini komennya:

“Orang ingat saya bertunang tetapi itu majlis merisik, hal pertunangan kalau mengikut perancangan mungkin selepas raya sekitar akhir bulan Jun.

“Manakala, kami mungkin akan melangsungkan perkahwinan pada tahun depan atau akhir tahun ini. Semuanya masih dalam perancangan,”

Berkata dengan lebih lanjut tentang peribadi lealki pilihan yang dikenali seabgai Amirul Hafiz, perkenalan antara mereka berdua bermula sejak setahun lalu.

Ini jelasnya:

“Dia dua tahun lebih muda daripada saya, mungkin perangai saya yang ‘hyper’ membuatkan saya senang berkawan dengan orang muda.

“Hampir setahun kenal dan saya sifatkan dia seorang yang ‘real’. Bukan tipikal lelaki yang romantik dan dia sangat pendiam apabila berhadapan orang ramai.

“Jadi, hubungan kami seimbang!

“Kalau orang kata teman lelaki saya tak kacak, itu pendapat masing-masing. Saya tak percaya pada lelaki yang hanya bersandar pada rupa.

“Malah, saya seorang yang suka mengenali hati budi terlebih dahulu sebelum melihat perkara lain misalnya fizikal. Saya cari individu bertanggungjawab, bukannya kacak semata-mata. Muka handsome tak bawa ke mana pun”

Itulah komen dari Ain Edruce tentang kekasih hatinya itu.

Majlis merisik serba ringkas Ain Edruce dan Amirul pada minggu lalu mendapat pujian ramai dan para peminat menulis komen berharap pasangan ini cepat berkahwin.

Sumber: GEMPAK

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here